Pengurusan Masa yang KudusSampel

Divine Time Management

HARI 3 DARIPADA 6

Hidup daripada Identiti Bukan untuk Identiti 

Kepercayaan kita akan siapa kita ini menentukan apa yang kita lakukan dan perasaan kita akan apa yang kita lakukan. Allah mahu kita untuk menggunakan masa kita daripada identiti kita bukannya untuk identiti supaya kita terjamin sepenuhnya dalam Dia. 

Ini menghendaki kita untuk mengubah penetapan minda kita berkenaan identiti kita:

  • Berubah-ubah lwn pasti 
  • Luaran lwn dalaman 
  • Relatif lwn mutlak 

Bohong daripada dunia ini ialah identiti kita berubah-ubah dan boleh hilang atau berubah pada bila-bila masa. Kebenaran daripada Firman Allah ialah identiti kita adalah pasti dalam Kristus. Seperti yang dinyatakan dalam Galatia 3:26 (AVB): “Kamu semua telah menjadi anak Allah melalui iman dalam Kristus Yesus.” 

Bohong daripada dunia ini ialah hal luaran menentukan identiti kita—paras rupa kita, milikan kita, atau kedudukan kita. Kebenaran daripada Alkitab ialah apa yang kita miliki secara dalaman dalam Kristus ialah hal yang penting. Kolose 3:12 (AVB) berkongsi bahawa sifat dalaman kita harus menjadi perhiasan luaran kita: “Sebagai orang pilihan Allah yang suci dan amat dikasihi-Nya kamu haruslah bersifat belas kasih, baik budi, rendah hati, lemah lembut dan sabar.” 

Bohong daripada dunia ini ialah identiti kita berdasarkan pembandingan, sama ada kita adalah "lebih baik" atau "lebih teruk" daripada orang di sekeliling kita. Walau bagaimanapun, kebenaran daripada Alkitab ialah identiti kita adalah mutlak dan penilaian duniawi serta pembandingan tidak bermakna kepada Allah. Filipi 2:3-4 (BM) menyatakannya demikian: "Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri. Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri.” 

Semasa anda fikir tentang cara anda menghabiskan masa anda, adakah anda masuk ke dalam perangkap memikirkan identiti anda berubah-ubah, bersifat luaran, atau relatif? 

Jika ya, bagaimanakah anda boleh mula mengubah fikiran anda tentang identiti anda dan mula membuat pilihan berkenaan masa anda dalam keyakinan Allah?

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Divine Time Management

Pengurusan masa tradisional boleh menimbulkan tekanan apabila matlamatnya ialah "mengawal" hidup dengan kekuatan diri dan disiplin diri. Walau bagaimanapun, Alkitab memberitahu kita bahawa kita menerima kedamaian dan rehat apabila kita mempercayai Allah dengan masa kita. Dalam pelan 6 hari ini, anda akan belajar bagaimana pendekatan pengurusan masa yang berpusatkan Allah membawa kepada penerimaan semua kebaikan yang telah disediakan oleh-Nya bagi anda, termasuk sukacita dan kedamaian-Nya.

More

Kami berterima kasih kepada Elizabeth Grace Saunders kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.divinetimebook.com/