Pengurusan Masa yang KudusSampel
Matlamat Allah Bagi Pengurusan Masa Kita
Sebagai jurulatih pengurusan masa sejak 2009, saya menghabiskan sebahagian besar daripada kerjaya saya mengajar orang tentang kemahiran dan penetapan minda yang diperlukan untuk melengkapkan tugas. Itu termasuk semua hal daripada menetapkan keutamaan kepada merancang pengurusan tugas. Walau bagaimanapun, pada tahun 2015, Allah telah meyakinkan saya bahawa saya perlu mengintegrasikan iman Kristian saya ke dalam kerja saya. Ini membawa saya kepada perjalanan penemuan "pengurusan masa yang kudus." Suatu konsep yang diringkaskan dalam Mazmur 46:10a (AVB): “Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah.”
Pengurusan masa yang kudus bukanlah tentang memasukkan masa mengkaji Alkitab dalam jadual harian anda sahaja, malah tentang pendekatan yang berbeza terhadap pemikiran tentang masa.
Allah tidak mahu kita untuk memuja keupayaan kita untuk mengawal diri dan menguruskan hidup kita. Sebaliknya, Allah mahu kita untuk mempercayai Dia sebagai tumpuan segala kegiatan kita.
Seperti galakan dalam Mazmur 127:1-2 (BM):
“Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah,
sia-sialah usaha orang yang mendirikannya;
jika bukan TUHAN yang melindungi kota,
sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.
Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi
dan tidur larut malam,
bekerja keras mencari nafkah—
kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya, sementara mereka sedang tidur.”
Demi mengalami perubahan ini, kita harus bermula dengan melepaskan matlamat yang salah tentang pengurusan masa (yang kelihatan betul) dan mengejar matlamat yang betul.
Berikut ialah beberapa matlamat salah yang mudah menjadi matlamat yang hendak dicapai:
- Kawalan: Berfikir bahawa kita dapat menguruskan semua hal dan tidak memerlukan bantuan Allah
- Keseronokan: Mencari sebanyak keseronokan yang mungkin
- Pencapaian: Menumpukan perhatian khususnya pada melengkapkan tugas
- Menjadi ____ yang luar biasa: Bertindak secara keterlaluan untuk membantu orang lain demi menampakkan harga diri
Adakah matlamat salah tersebut kedengaran biasa? Saya tahu saya sudah banyak kali mengejar matlamat duniawi ini. Walau bagaimanapun, berita baiknya ialah kita boleh kembali kepada Allah, memohon pengampunan-Nya, dan mengarahkan semula hati kita ke arah kehendak-Nya terhadap pengurusan masa kita.
Ia semudah mengatakan, “Allah, saya meminta maaf kerana [matlamat yang salah]. Tolonglah saya untuk memahami matlamat-Mu bagi masa saya dan untuk mempercayai-Mu sebagai tumpuan penggunaan masa saya.”
Seperti yang diingatkan dalam Yakobus 4:13-16 (BM), memanglah penting bagi orang Kristian untuk mengakui bahawa Allah ialah Tuhan atas masa kita:
“Sekarang dengarlah nasihatku, hai kamu yang berkata, 'Hari ini atau esok kami akan berangkat ke suatu negeri dan tinggal di sana selama setahun untuk berniaga dan mencari wang.' Tetapi apa yang akan berlaku dengan kehidupan kamu esok, kamu tidak tahu! Kamu seperti kepulan asap, yang kelihatan sebentar sahaja lalu lenyap. Kamu seharusnya berkata begini, 'Jika diperkenankan Tuhan, kami akan hidup dan melakukan ini atau itu.' Tetapi sekarang kamu sombong dan bercakap besar. Bercakap besar seperti itu salah.”
Marilah kita mempercayai Allah, bukan diri sendiri, dengan pengurusan masa kita sekarang ini.
Perihal Pelan
Pengurusan masa tradisional boleh menimbulkan tekanan apabila matlamatnya ialah "mengawal" hidup dengan kekuatan diri dan disiplin diri. Walau bagaimanapun, Alkitab memberitahu kita bahawa kita menerima kedamaian dan rehat apabila kita mempercayai Allah dengan masa kita. Dalam pelan 6 hari ini, anda akan belajar bagaimana pendekatan pengurusan masa yang berpusatkan Allah membawa kepada penerimaan semua kebaikan yang telah disediakan oleh-Nya bagi anda, termasuk sukacita dan kedamaian-Nya.
More