Matlamat HubunganSampel

Relationship Goals

HARI 5 DARIPADA 7

Menepati Perjanjian

Daripada Jon, berkahwin dengan Mandi selama lebih daripada 17 tahun

Hentikan saya jika anda pernah dengar ini. Seorang ateis dan seorang Kristian biasa memasuki gereja ... untuk berkahwin. 

Ah, ya. Kisah cinta dongeng. Lelaki menemui perempuan. Lelaki mengahwini perempuan. Lelaki dan perempuan saling berbuat curang. Allah tidak diendahkan. Sembilan tahun selepas mereka berikrar di hadapan Allah dan keluarga, "sampai kematian memisahkan kami," memang jelas bahawa mereka tidak menepati janji itu. Itulah saya dan Mandi. 

Walau bagaimanapun, Allah mempunyai rancangan yang berbeza untuk kami. Mandi mula pergi ke gereja kami, Life.Church, dan tidak lama kemudian saya mengikutnya. Pada waktu itulah kehidupan kami betul-betul berubah untuk selama-lamanya. 

Kami memutuskan bahawa jika Allah memang seperti yang dijanji-Nya, Dia dapat memulihkan perkahwinan kami. Kami perlu berusaha juga. Ia melibatkan perbincangan yang sukar, pengakuan, dan tangisan. Namun, kami diingatkan melalui Firman Allah bahawa "mereka berdua menjadi satu." 

Kami mungkin tidak menganggap ikrar kami serius semasa berkahwin, tetapi Allah memandangnya dengan serius. Kami diingatkan melalui 1 Timotius untuk “Berjuanglah sungguh-sungguh untuk hidup sebagai orang Kristian yang setia, supaya engkau merebut hadiah hidup sejati dan kekal, kerana untuk hidup itulah Allah memanggil engkau apabila engkau mengaku percaya kepada Kristus di hadapan banyak orang.” Maka, kami terus berjuang dan berpaut pada Yesus, mempercayai-Nya untuk memulihkan perkahwinan kami. Ia tidaklah mudah, dan merujuk kepada hari pertama pelan Alkitab ini, terdapat banyak waktu "perantaraan."

Allah bukan sahaja memulihkan perkahwinan kami. Dia membuat perkahwinan kami berkembang dengan baik. Sehingga pada 15 Julai 2011, 10 tahun selepas kami berikrar kepada Allah yang tidak dikenali dengan baik, kami diberi peluang membaharui ikrar kami kepada Allah yang hidup, yang telah menunjukkan kasih-Nya kepada kami, menebus kami, dan berkenan dengan perkahwinan kami.

Semua hubungan, dan sudah tentu semua perkahwinan, akan menghadapi cabaran. Wang datang dan pergi. Keluarga jatuh sakit. Kerjaya dan pengasuhan menjadi semakin sukar. Namun, Allah tetap sama—baik dahulu, sekarang, dan selama-lamanya. Walau di mana pun anda berada sekarang, percayalah Allah untuk menghormati perjanjian-Nya dengan anda dan untuk menyokong perjanjian anda dengan pasangan anda. Dia akan sentiasa setia.

Doa: Yesus, terima kasih kerana rancangan-Mu untuk kehidupan kita. Terima kasih meskipun pada waktu kita hilang harapan, Engkau tidak hilang harapan. Roh Kudus, berikan kita kekuatan untuk menghormati perjanjian kita. 

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Relationship Goals

Hubungan sempurna yang anda kagumi, tidaklah begitu menarik jika diperhatikan gambar demi gambar. Betul? Jadi, bentuk matlamat hubungan yang manakah yang betul-betul berhasil? Pelan Alkitab Life.Church ini, yang ditulis oleh mereka yang telah lama berkahwin, yang masih bujang, dan yang baru berkahwin, akan menunjukkan bentuk kasih yang boleh diberikan oleh Allah bagi semua hubungan kita.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/