Matlamat HubunganSampel
Terdorong oleh Misi
Daripada Brian, berkahwin dengan Maureen selama lebih daripada 17 tahun
Sebelum mengetuai pasukan YouVersion, saya dan isteri saya melayani dalam pelayanan silang budaya di luar negara selama beberapa tahun. Walaupun kami menghadapi beberapa cabaran yang terbesar dalam pelayanan kami pada tempoh itu, memang biasa kami memiliki misi yang sama. Bersama-sama, kami mempelajari bahasa yang baru, mencari komuniti, dan menjalankan beberapa tugas kehidupan yang paling asas, seperti membeli makanan dan mempelajari cara memohon kemudahan awam yang asas di negara lain. Hidup berasingan bukan pilihan. Keadaan memaksa kami untuk bergantung pada satu sama lain dan saling membantu.
Kami balik ke Amerika Syarikat hampir sedekad yang lalu. Sejak itu kami menyedari, sementara kehidupan dan pelayanan seakan-akan mudah sahaja bagi kami dalam budaya sendiri, melakukannya bersama-sama sebenarnya lebih sukar.
Namun, kesatuan yang wujud kerana misi yang sama adalah sepenting sekarang mahupun pada waktu itu. Tanpa galakan bijak daripada Maureen dan keghairahan berkongsi untuk melihat orang diubah oleh Firman Allah, banyak cabaran saya semasa memimpin Aplikasi Alkitab pasti lebih sukar untuk diatasi. Begitu juga, saya tahu apabila saya menunjukkan minat dan sokongan dalam kumpulan ibunya dan tugasnya mendidik anak kami, saya juga mendorongnya.
Jadi, demi menjalankan kehidupan yang terdorong oleh misi bersama-sama, kami harus bersifat sengaja dalam tindakan kami. Ia tidak berlaku secara automatik. Antara persekolahan di rumah, pengasuhan, dan pementoran, Maureen mempunyai pekerjaan sepenuh masa, tetapi dia masih meluangkan masa untuk berdoa untuk setiap ahli pasukan YouVersion dan pasangan mereka. Ini adalah caranya untuk terus berhubungan dengan pekerjaan yang ditugaskan oleh Allah kepada saya. Begitu juga, saya mendapati jika saya bercakap dengan Maureen tentang kumpulan ibunya, minat saya itu amat bermakna baginya. Ia mengubah misinya kepada misi kami.
Kehidupan adalah sibuk, dan hubungan mudah menjadi renggang jika anda tidak berhati-hati. Walau bagaimanapun, apabila anda dapat berkumpul dan mencari misi yang sama, hubungan anda akan menjadi lebih baik kerana itu.
Amali: Berbincang dengan pasangan anda tentang cara anda boleh saling menyokong misi masing-masing. Bincanglah tentang misi yang boleh dikongsi bersama-sama.
Perihal Pelan
Hubungan sempurna yang anda kagumi, tidaklah begitu menarik jika diperhatikan gambar demi gambar. Betul? Jadi, bentuk matlamat hubungan yang manakah yang betul-betul berhasil? Pelan Alkitab Life.Church ini, yang ditulis oleh mereka yang telah lama berkahwin, yang masih bujang, dan yang baru berkahwin, akan menunjukkan bentuk kasih yang boleh diberikan oleh Allah bagi semua hubungan kita.
More