Matlamat HubunganSampel
Berpusatkan Kristus
Daripada Brandon dan Christi, berkahwin lebih daripada 23 tahun
Memusatkan hubungan anda secara sengaja pada Yesus adalah sangat penting. Namun, bagaimanakah anda melakukannya? Berikut berhasil dalam perkahwinan kami.
Langkah 1: Buat Keputusan dan Mengabdikan Diri
Berbincang untuk memastikan anda berdua mempunyai matlamat yang sama. Berpusatkan Kristus bermaksud hubungan anda komited sepenuhnya kepada Kristus. Segala sesuatu yang lain tidak berapa penting. Cuba menetapkan beberapa pernyataan kepercayaan yang menunjukkkan bagaimana Kristus akan menjadi pusat kehidupan anda. “Kami telah memutuskan, bagi kami dan perkahwinan ini, kami akan melayani Tuhan.” “Kami akan mempercayai Tuhan.” “Kami akan berserah kepada Tuhan.” “Kami akan mengikut Tuhan.”
Langkah 2: Mencari Allah Secara Berasingan
Mencari Allah secara berasingan adalah keperluan memiliki hubungan yang berpusatkan Kristus bersama-sama. A.W. Tozer memberikan satu contoh yang baik tentang hal ini. Dia berkata, "Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa seratus buah piano yang ditala menggunakan garpu tala yang sama secara automatiknya ditalakan ke pic yang sama? Ia ditalakan secara serentak, bukan di antara satu sama lain, tetapi menurut satu standard lain di mana setiap satunya mesti patuh." Demi disatukan bersama dengan Kristus di tengah-tengah, kita mesti menalakan diri dengan Kristus—bukan antara satu sama lain. Apabila kita memandang serius hubungan kita dengan Kristus, Dia membawakan kesatuan.
Langkah 3: Mencari Allah Bersama-sama
Anda harus meluangkan masa untuk bersekutu bersama-sama secara rohani setiap hari. Di sinilah keseronokannya bermula. Demi menetapkan perhatian anda pada-Nya, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan. Hubungan anda bolehlah kuat dalam doa. Anda boleh melayani bersama di gereja atau dalam komuniti anda secara tetap. Apa pun minat yang diberikan oleh Allah kepada anda sebagai pasangan, gunakannya!
Bagi kami, membincangkan Firman Allah telah menjadi hubungan kami yang paling tetap dan berkuasa dari segi rohani. Aplikasi Alkitab menawarkan Pelan bersama Kawan dan kami melanggan serta merenungkan pelan yang sama setiap hari. Sungguh menakjubkan untuk berbincang tentang apa yang ditunjukkan oleh Allah kepada kami secara berasingan dan menunjukkan hala tuju pimpinan-Nya buat kami berdua.
Apabila Kristus berada di pusat hubungan anda, Dia akan melakukan lebih banyak daripada apa yang anda boleh harapkan untuk capai atas usaha sendiri, walaupun pada keadaan terbaik anda. Oleh itu, ambillah tindakan untuk mengutamakan Dia.
Amali: Gunakan panduan ringkas daripada Pastor Craig dan Amy Groeschel ini untuk berdoa bersama-sama.
Perihal Pelan
Hubungan sempurna yang anda kagumi, tidaklah begitu menarik jika diperhatikan gambar demi gambar. Betul? Jadi, bentuk matlamat hubungan yang manakah yang betul-betul berhasil? Pelan Alkitab Life.Church ini, yang ditulis oleh mereka yang telah lama berkahwin, yang masih bujang, dan yang baru berkahwin, akan menunjukkan bentuk kasih yang boleh diberikan oleh Allah bagi semua hubungan kita.
More