Apabila Iman Gagal: 10 Hari Menemukan Allah Dalam Bayangan KesangsianSampel

When Faith Fails: 10 Days Of Finding God In The Shadow Of Doubt

HARI 8 DARIPADA 10

Cerita Yakub bergelut dengan Allah ialah gambaran yang indah tentang rupa iman yang mendalam. Iman yang mendalam bersifat peribadi, kuat, sepenuh hidup, berpeluh, berdarah, ada kalanya serba salah, dan selalunya pertemuan yang sebenar dengan Allah. Iman bukanlah skrip yang disediakan terlebih dahulu; ia ialah alas gusti. Ia bermaksud membawa semua ketakutan, dosa, ketakyakinan, dan keraguan anda dan bertembung dengan Allah. Ya, anda mungkin lebam-lebam dan tersandung. Namun, memanglah lebih baik menjadi orang yang betul-betul celaru di hadapan Allah berbanding menjadi orang beragama yang berpura-pura.

Iman bermaksud mempertaruhkan segala sesuatu.

Sekiranya anda inginkan iman yang mendalam, bukannya iman ibu bapa, kawan, atau gereja anda, tetapi iman yang mengubah anda dan membuat anda hidup, maka tiada cara yang lain. . . .  Dalam Galatia 6:16, Paulus berkata kita ialah "Israel Allah." Dengan kata lain, disebabkan warisan rohani kita dipenuhi oleh orang yang bergelut dengan Allah, kita dipanggil ahli gusti juga.

Satu-satunya cara Yakub dalam diri kita boleh menjadi Israel, satu-satunya cara iman kita boleh bertumbuh, ialah jika kita membawa diri kita sepenuhnya kepada Allah. Segala-galanya. Termasuk keraguan kita. Terutamanya keraguan kita. . . .

Iman menjadi matang apabila ia mengharungi melewati tempat yang selamat dan yang dapat diramal ke tempat yang gelap dan dipenuhi keraguan. Iman enggan mengecilkan impian anda kepada saiz ketakutan anda. Iman tidak mengelakkan pertikaian tetapi bergelut dengan penuh semangat. . . .

Alkitab bukan cerita tentang orang yang mentoleransi keraguan secara lembap; ia melibatkan orang yang menentang keraguan mereka tanpa belas kasihan. Mereka bersemarak untuk sesuatu yang lebih besar daripada iman sepintas lalu dua dimensi yang membosankan. Socrates berkata, "Kehidupan yang tidak diperiksa tidaklah berbaloi." Penulis dan wira Alkitab menegaskan bahawa iman yang tidak diperiksa tidak wajar dipercayai.

Oleh itu, bab demi bab, ayat demi ayat, mereka bergelut dengan Allah mereka dengan berani, penuh semangat, dan nekad. Suara mereka yang garau menjerit, "Saya tidak akan melepaskan tuan, kecuali tuan memberkati saya!" Mereka sedar ia adalah sukar dan mengganggu perasaan, tetapi setiap detiknya adalah berbaloi. 

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

When Faith Fails: 10 Days Of Finding God In The Shadow Of Doubt

Bergelut dengan iman dan keraguan mungkinlah amat sepi dan terasing. Sesetengah orang menderita tanpa berkata-kata sementara yang lain pula meninggalkan kepercayaan mereka, mengandaikan bahawa keraguan bertentangan dengan iman. Dominic Done mempercayai bahawa ini adalah tragis dan kesilapan yang besar. Ia menggunakan Alkitab dan sastera untuk mendebatkan bahawa keraguan bukan sahaja normal malah sering kalinya ialah jalan ke arah iman yang lebih kaya, bersemangat dan bertenaga. Terokai iman dan keraguan dalam pelan 10 hari ini.

More

Kami berterima kasih kepada HarperCollins kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bit.ly/2Pn4Z0a