Apabila Iman Gagal: 10 Hari Menemukan Allah Dalam Bayangan KesangsianSampel

When Faith Fails: 10 Days Of Finding God In The Shadow Of Doubt

HARI 7 DARIPADA 10

Dalam Keluaran, semasa Allah memberitahu Musa untuk menanggalkan kasutnya, ia disebabkan ia sedang berdiri di tanah yang suci. Itu pasti mengejutkannya! Ia tahu betul tentang kawasan gurun itu. Ia berjalan di sini selama 40 tahun sebagai gembala. Bagi Musa, ini ialah tempat kerjanya. Dalam fikirannya, ini ialah tanah biasa yang berdebu, kotor dan diinjak-injak oleh domba. Namun, Allah mengatakannya suci.

Bagaimana kalau tempat yang dipijak oleh anda sekarang ini dipenuhi kesucian? Bagaimana kalau setiap perincian hidup anda diresapi bayang Allah? Bagaimana kalau suasana di sekeliling anda diseduh dalam suara-Nya?

Allah berbicara. Caranya mungkin bukan cara yang dijangka oleh anda.

• Dia berbicara melalui orang lain. Termasuk orang yang menyakitkan hati anda.

• Dia berbicara melalui seni: buku, muzik, puisi, lagu, dan fotografi yang baik.

• Dia boleh berbicara melalui mimpi. . . .

• Dia berbicara melalui ciptaan, semasa kita menyedut keindahan ciptaan-Nya.

• Dia berbicara melalui keyakinan dan rasa menggigit-gigit bahawa sesuatu adalah tidak kena. (Ada kalanya, masalahnya bukan kesenyapan Allah tetapi suara dosa yang memekakkan telinga. Dosa ingin menjadi suara yang paling kuat dalam hidup anda. Jangan biarkannya berbuat demikian.)

• Dia berbicara melalui kesakitan kita.

• Dia berbicara di tengah-tengah kehilangan kita.

• Dia juga berbicara semasa keraguan kita.

Jika Allah wujud, maka yang dikatakan tanah biasa itu tidak ada. Semuanya suci. Waktu ini, sekarang ini, di mana jua anda berada, adalah suci. Allah menjemput anda untuk menanggalkan kasut anda dan merendamkan jari kaki anda dan bersembah.

Dia ada di sini.

Cap jari Allah ada dalam seluruh hidup anda. 

Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

When Faith Fails: 10 Days Of Finding God In The Shadow Of Doubt

Bergelut dengan iman dan keraguan mungkinlah amat sepi dan terasing. Sesetengah orang menderita tanpa berkata-kata sementara yang lain pula meninggalkan kepercayaan mereka, mengandaikan bahawa keraguan bertentangan dengan iman. Dominic Done mempercayai bahawa ini adalah tragis dan kesilapan yang besar. Ia menggunakan Alkitab dan sastera untuk mendebatkan bahawa keraguan bukan sahaja normal malah sering kalinya ialah jalan ke arah iman yang lebih kaya, bersemangat dan bertenaga. Terokai iman dan keraguan dalam pelan 10 hari ini.

More

Kami berterima kasih kepada HarperCollins kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://bit.ly/2Pn4Z0a