Apabila Iman Gagal: 10 Hari Menemukan Allah Dalam Bayangan KesangsianSampel
Seperti murid-murid pertama Yesus, anda telah dipanggil untuk cerita yang lebih besar daripada cerita tersendiri anda. Hidup anda berdenyut dengan tujuan. Anda telah dicipta untuk mengenali dan mengikut Dia. Hati anda inginkan ini. Setiap seorang daripada kita, penyembah dan orang yang ragu-ragu, dijemput untuk melibatkan diri.
Dia memanggil murid-murid yang memiliki iman yang kelihatannya tidak pernah goyah. Mereka seolah-olahnya selalu percaya, mendengungkan irama Hillsong dalam rahim ibu mereka, dan mereka tidak pernah berhenti sejak itu. Walau bagaimanapun, Dia juga memanggil orang yang rasa ragu-ragu. . . . Mereka yang mempunyai kerinduan tidak bergoncang akan kemesraan kerana mereka tidak dapat menerima iman yang bukan milik mereka.
Yesus mengalu-alukan kedua-dua jenis orang ini. Mereka dipanggil. Mereka diutus. Kedua-duanya penting bagi revolusi yang telah dimulakan oleh-Nya.
Walau di mana pun anda pada perjalanan iman anda, Dia memanggil anda juga.
Barangkali anda berada jauh dari rumah, dan anda tidak apa yang dipercayai ataupun jika anda masih percaya. Ataupun, anda mungkin sudah melewati dekonstruksi dan kini sedang menerokai kawasan keraguan, mempertimbangkan soalan hidup yang paling sukar. Ataupun, anda mungkin dalam perjalanan pulang. Hubungan anda dengan Allah adalah berbeza daripada dulu, tetapi adalah lebih baik. Lebih mendalam. Lebih cergas.
Di mana pun anda sekarang ini, dan apa pun yang anda fikir tentang Allah, kemungkinan yang tidak terhingga terletak di hadapan anda. Catatan kata-kata terawal Yesus kepada murid-murid-Nya ialah, "Ikutlah Aku," dan pada asasnya, kata-kata terakhirnya adalah sama. Terus mara. Terus mengejar kebenaran.
Bahaya terbesar bukanlah kita akan kehilangan keyakinan kita tetapi berpuas hati dengan versi keyakinan yang sederhana. Setiap hari ialah peluang untuk menanya, mencari, mengetuk. Terdapat banyak lagi yang boleh diterokai. Banyak lagi yang boleh dipelajari. Banyak lagi yang boleh diserap. Ada juga gunung yang sukar didaki, cabaran yang perlu ditangani, vista untuk dinikmati, keindahan untuk dialami. Allah yang harus dikenali.
Anda baru saja bermula.
Apabila hati anda goyah, apabila lutut anda membengkok, dan apabila iman anda gagal, ingatlah bahawa anda memiliki harapan ini:
Yesus memberikan kata putus.
Ingin menyelami lebih lanjut? Tempahlah buku Dominic When Faith Fails untuk mengetahui lebih lanjut tentang keraguan dan iman.
Perihal Pelan
Bergelut dengan iman dan keraguan mungkinlah amat sepi dan terasing. Sesetengah orang menderita tanpa berkata-kata sementara yang lain pula meninggalkan kepercayaan mereka, mengandaikan bahawa keraguan bertentangan dengan iman. Dominic Done mempercayai bahawa ini adalah tragis dan kesilapan yang besar. Ia menggunakan Alkitab dan sastera untuk mendebatkan bahawa keraguan bukan sahaja normal malah sering kalinya ialah jalan ke arah iman yang lebih kaya, bersemangat dan bertenaga. Terokai iman dan keraguan dalam pelan 10 hari ini.
More