Apabila Iman Gagal: 10 Hari Menemukan Allah Dalam Bayangan KesangsianSampel
Ratapan ialah rintihan hati yang remuk, terluka, dan sebahagian besarnya belum sembuh. Ia merenung penderitaan, dilukai oleh tepinya yang bergerigis, berjalan terhuyung-hayang, menangis, dan menjerit kerana hendak akan keadilan. Ratapan menentang jawapan yang dangkal, kemas siap, terlalu mudah. Ia menuntut keaslian yang amat sangat dan tidak takut akan soalan yang tidak boleh dijawab.
Ratapan ialah lagu jiwa yang berasa ragu-ragu.
Walau bagaimanapun, kita hidup dalam zaman di mana ratapan ditimpa kesusahan. Kita tidak tahu bagaimana mengendalikan kesedihan. Kita lebih suka penafian. Kita ialah bangsa yang paling berubat. Gambar dan cerita tentang penderitaan menggoyahkan kita. Kita menjadi kaku akibat hiburan dan gangguan terdigit. Kita mabuk dengan keselesaan. Apabila kesakitan menimbulkan soalan yang tidak menyenangkan tentang Allah dan kehidupan, kita menahan dan menyembunyikannya. Namun, itu tidak tahan lama. Seperti air yang hampir-hampir separas dengan bahagian atas tebing sungai, kita boleh menafikan air banjir yang akan melanda atau berusaha untuk menyekatnya ataupun belajar bagaimana hidup dalam air yang dalam.
Alkitab dipenuhi cerita tentang lelaki dan perempuan yang melakukan itu. Mereka melihat apa yang berlaku di sekeliling mereka, menyuarakan ketidakadilan, dan berseru kepada Allah agar Dia menerangkan sebabnya. Daud menjerit, "Berapa lamakah, ya Tuhan?" (Mazmur 13:2). Yeremia, dikuasai penindasan yang disaksikannya, memohon agar Allah campur tangan. Ayub susah hati. Yakub bergelut. Musa mencabar. Abraham berasa ragu-ragu. Maria bertanya. Yesus menangis.
Ratapan bukanlah antitesis kepercayaan; ia ialah rupa kepercayaan apabila ia mendekati kesedihan. Semakin kuatnya kepercayaan kita akan kebaikan Allah, semakin kuatnya kita membantah apabila kebaikan-Nya terselindung.
Itulah sebabnya mengapa Yesus menangis di kubur kawan-Nya.
Tidak apa untuk menghamburkan kesepian kita. Tidak apa untuk menyuarakan sungutan kita. Tidak apa untuk berasa marah.
Tidak apa untuk tidak memiliki semua jawapan.
Allah masih berlari ke arah kita, mendakap kita, dan menangis bersama dengan kita. Kemudian, melalui genangan air mata, kita menyedari bahawa Dia yang menangis itu mempunyai tangan yang berparut. Tubuh-Nya dicacati. Wajah-Nya bercela.
Kita menyedari bahawa Dia turut menderita.
Perihal Pelan
Bergelut dengan iman dan keraguan mungkinlah amat sepi dan terasing. Sesetengah orang menderita tanpa berkata-kata sementara yang lain pula meninggalkan kepercayaan mereka, mengandaikan bahawa keraguan bertentangan dengan iman. Dominic Done mempercayai bahawa ini adalah tragis dan kesilapan yang besar. Ia menggunakan Alkitab dan sastera untuk mendebatkan bahawa keraguan bukan sahaja normal malah sering kalinya ialah jalan ke arah iman yang lebih kaya, bersemangat dan bertenaga. Terokai iman dan keraguan dalam pelan 10 hari ini.
More