Bagaimana Mengkaji Alkitab (Asas)Sampel
Kajian Alkitab yang Baik Menjana Transformasi
Orang yang rela bersifat mudah dikecam bergerak di kalangan misteri. – Theodore Roethke
Bayangkan anda berjalan ke dalam pejabat doktor kerana anda sakit tetapi termometer tidak digunakan secara betul (diletakkan dalam mulut, telinga, atau dahi), termometer itu diletakkan di tangan anda. Selepas beberapa saat, jururawat membaca suhu badan anda dan mengatakan anda tidak sakit.
Bagaimana anda akan memberikan respons? Pastilah okey kerana anda tidak menggunakan termometer itu dengan betul.
Dalam keadaan itu, bila digunakan seperti itu, termometer itu cuma dapat mengukur suhu di bilik itu. Termometer itu tidak rosak atau tidak berkesan. Cumanya tidak digunakan dengan betul.
Demikian, semasa kita menjauhi Alkitab, kita terlepas kuasa, kebenaran dan kehidupan yang mendalam yang menantikan kita. Alkitab merupakan salah cara cara utama Allah memilih untuk menyatakan diri-Nya kepada kita. Jika kita ingin memiliki, menjadi, dan melakukan segala sesuatu yang dimaksudkan oleh Allah, semuanya bermula dengan mendekati Alkitab dengan alat dan niat yang betul.
Bagi perjalanan Kristian saya, yang berikut merupakan tujuh tunggak kajian Alkitab yang berkesan (dan menjanakan transformasi):
- Memahami konteks.
- Membina tabiat.
- Menghafal.
- Menggunakan alat yang betul.
- Belajar dalam komuniti.
- Menyepadukan doa.
- Mendalami sikap mudahnya dikecam.
Perjalanan anda mungkin menggabungkan lebih banyak aspek lagi, tetapi pastinya tidak kurang daripada tujuh aspek ini. Aspek tersebut telah membantu saya untuk bertumbuh lebih daripada yang saya rasakan mungkin dan saya percaya aspek tersebut boleh melakukan hal yang sama untuk anda.
Saya berharap dan berdoa agar anda menggemari Firman Allah dengan semangat yang berkobar-kobar. Akhirnya, semoga Firman itu betul-betul menjadi pelita yang memimpin anda, dan cahaya yang menerangi jalan anda.
Perihal Pelan
Memanglah mudah untuk rasa terharu, tidak dilengkapkan secukupnya, dan bingung berkenaan Firman Allah. Matlamat saya ialah memudahkan proses Pengajian Alkitab bagi anda dalam beberapa cara dengan mengajar anda tiga prinsip yang paling penting semasa mengkaji Alkitab. Sertai pelan ini dan membongkar cara membaca Alkitab bukan untuk maklumat sahaja, malah untuk transformasi hidup hari ini!
More