Bagaimana Mengkaji Alkitab (Asas)Sampel
Mengapa Kajian Alkitab Itu Penting
Memanglah mustahil untuk mengenali Allah tanpa mengetahui Alkitab.
Saya ingat kali pertama saya mendengar pernyataan ini. Saya merupakan orang Kristian muda yang ingin sekali memilih perkara yang betul untuk memimpin hati saya ke arah keinginan yang betul. Saya menyedari bahawa Allah boleh mengubah hidup saya dan saya ingin mengenali Dia secara rapat.
Apakah sifat-Nya? Apakah yang diingini-Nya daripada saya? Mengapa saya wujud di dunia ini?
Sepanjang dekad yang seterusnya, saya bertekad untuk mengkaji Alkitab dengan sebaik mungkin supaya saya dapat mengenali Allah secara mendalam. Keputusan itu membawa saya untuk perjalanan yang tidak mungkin dibayangkan.
Renungan ringkas ini merupakan pengenalan bagi beberapa wawasan yang paling berguna yang saya temui sepanjang dekad lalu. Anda akan menemui teknik, alat, dan strategi untuk membantu anda memanfaatkan masa pembacaan anda, juga dorongan untuk mempercayai bahawa mengetahui Alkitab anda adalah berbaloi dengan segala usaha diperlukan kerana ganjarannya ialah Allah sendiri.
Sahutlah cabaran dan pelajari bagaimana mengubah pengalaman Alkitab anda daripada kerja yang membosankan kepada tabiat yang penting. Allah sedang menunggu anda untuk lebih mengenali Dia. Dia telah memberikan anda jemputan perdana. Perkara yang berlaku seterusnya bergantung kepada anda.
Perihal Pelan
Memanglah mudah untuk rasa terharu, tidak dilengkapkan secukupnya, dan bingung berkenaan Firman Allah. Matlamat saya ialah memudahkan proses Pengajian Alkitab bagi anda dalam beberapa cara dengan mengajar anda tiga prinsip yang paling penting semasa mengkaji Alkitab. Sertai pelan ini dan membongkar cara membaca Alkitab bukan untuk maklumat sahaja, malah untuk transformasi hidup hari ini!
More