Bagaimana Mengkaji Alkitab (Asas)Sampel
Kajian Alkitab yang Baik Disokong oleh Doa
Menjadi orang Kristian tanpa doa adalah mustahil seperti hidup tanpa bernafas. – Martin Luther
Salah satu makanan kegemaran saya ialah ayam panggang. Pada musim panas yang lalu, saya mencari proses pemerapan kerana saya ingin mengetahui apa yang terjadi pada makanan itu sehinggakan hidangan itu begitu sedap. Inilah penemuan saya.
Apabila makanan diperap, biasanya bahan protein seperti ayam, anda merendam bahan itu dalam cecair berasid (seperti cuka atau jus lemon). Cecair berasid itu memecahkan lapisan luar daging itu supaya perasa yang sedap itu boleh memenuhi bahagian dalam daging itu.
Pemerapan memakan masa. Anda tidak boleh mencelup dada ayam dalam cairan perap selama beberapa minit dan menjangka ayam itu berperisa. Anda perlu memberikan masa supaya proses ini berhasil.
Doa ialah pemerapan Kristian. Berdoa dengan dan dalam Alkitab membenarkan kita untuk duduk dalam kebenaran Allah untuk jangka masa yang panjang dalam cara yang membenarkannya untuk memecahkan halangan luaran dan membuat kita "berperisa" melewati keupayaan sendiri.
Oleh itu, izinkan saya untuk berkongsi doa yang saya ucapkan setiap kali saya membuka Alkitab saya:
Tuhan, tolonglah saya untuk membuka diri terhadap Firman-Mu, dan bukalah Firman-Mu kepada saya.
Ini menyediakan fikiran dan hati saya untuk sesuatu semasa tabiat harian saya itu. Saya ingin diubah. Saya mahu Roh Kudus untuk menjelaskan Firman. Saya menyatakan hasrat ini dengan mengucapkan doa pendek ini.
Terdapat (betul-betul) beberapa ratus cara untuk memasukkan doa dalam waktu Alkitab anda. Sekarang ini, saya mendorong anda untuk cuba doa pendek ini dan perhatikan perubahan yang berlaku.
Petua Pro: Adakah anda mendapati diri kecewa semasa berdoa kerana anda tidak rasa Allah mendengar atau menjawab anda? Izinkan saya untuk memberikan anda nasihat yang diberikan oleh pastor saya kepada saya: rendahkan ambang anda. Kebanyakan orang fikir mendengar Allah merupakan kejadian luar biasa yang mengubah hidup. Pada hakikatnya, Allah dan Roh Kudus berbicara kepada anda setiap hari (dan beberapa kali sehari!). Rendahkan ambang anda bermaksud (1) menjangka Allah akan berbicara kepada anda dan (2) mencari secara aktif cara kecil Dia berbuat demikian. Anda tidak memerlukan pengalaman semak yang menyala untuk menemui Allah; ada kalanya lagu yang betul yang dimainkan di radio boleh mencapai tujuan yang sama.
Perihal Pelan
Memanglah mudah untuk rasa terharu, tidak dilengkapkan secukupnya, dan bingung berkenaan Firman Allah. Matlamat saya ialah memudahkan proses Pengajian Alkitab bagi anda dalam beberapa cara dengan mengajar anda tiga prinsip yang paling penting semasa mengkaji Alkitab. Sertai pelan ini dan membongkar cara membaca Alkitab bukan untuk maklumat sahaja, malah untuk transformasi hidup hari ini!
More