Bagaimana Mengkaji Alkitab (Asas)Sampel
Kajian Alkitab yang Baik Dibantu oleh Alat
Seseorang itu hanya sebaik alatnya. – Emmert Wolf
Salah satu kegiatan kegemaran saya semasa cuti ialah duduk dengan secawan teh lemon halia dan tonton lewah program masakan. Sungguh memukau untuk menonton jurumasak pakar bekerja. Setiap tindakan mereka ada gunanya, daripada perisa yang digunakan, suhu yang ditetapkan, sehinggalah jenis pinggan yang digunakan.
Jika anda menanya jurumasak bertaraf dunia tentang aspek yang paling penting semasa memasak, 99% daripada mereka akan memberikan jawapan yang sama: ramuan. Semakin segar atau jarang sesuatu ramuan itu, semakin menakjubkanlah hidangan yang terhasil.
Bagi pelajar Alkitab, ramuan kita ialah alat yang kita gunakan untuk menolong kita memahami Alkitab. Jika kita menggunakan alat yang baik, kita akan mengembangkan pemahaman yang kaya tentang dunia alkitabiah dan mempelajari cara menerapkan kebenaran kekal yang ditemui dalam Firman Allah. Namun, jika kita menggunakan "ramuan" yang tidak lengkap atau tidak tepat, pemahaman kita tentang Alkitab akan menjadi tidak mencukupi dan mungkin membawa kita atas jalan yang bahaya.
2 Timotius menggesa kita untuk menjadi pekerja yang berupaya mengajar "ajaran benar" dengan "betul". Cara terbaik yang saya tahu untuk melakukan ini ialah:
- Mendapat tahu tentang alat yang tersedia kepada anda untuk membantu anda memahami Alkitab.
- Berdoa agar Allah memimpin anda kepada mentor yang salih untuk membantu anda menggunakan alat tersebut.
Sekarang ini, memanglah mudah untuk menjadi terharu kerana banyak alat yang tersedia. Terdapat komentari, kamus, konkordans, peta, perisian bahasa, dan banyak lagi. Alat #1 yang saya sentiasa mendorong pelajar saya untuk gunakan dahulu adalah mudah: terjemahan yang baik.
Syukurlah, alat seperti apl Bible YouVersion memudahkan akses kepada banyak terjemahan yang berguna. Saya mendorong anda untuk memulakan dengan ini.
Terdapat khazanah dalam Firman Allah yang menunggukan orang yang rela menyelaminya.
Petua Pro: Mahukah anda menaiktarafkan kajian Alkitab anda tetapi tidak pasti bagaimana memulakannya? Pilihlah satu ayat kegemaran anda dan tuliskan 5 terjemahan ayat itu atas kertas. Apakah perbezaan/persamaan yang diperhatikan? Kesedaran anda sebagai pembaca merupakan salah satu alat yang terbaik.
Perihal Pelan
Memanglah mudah untuk rasa terharu, tidak dilengkapkan secukupnya, dan bingung berkenaan Firman Allah. Matlamat saya ialah memudahkan proses Pengajian Alkitab bagi anda dalam beberapa cara dengan mengajar anda tiga prinsip yang paling penting semasa mengkaji Alkitab. Sertai pelan ini dan membongkar cara membaca Alkitab bukan untuk maklumat sahaja, malah untuk transformasi hidup hari ini!
More