Babak NatalSampel

The Nativity Scene

HARI 4 DARIPADA 4

Kumpulan terakhir yang digambarkan dalam babak natal ialah orang majus. Golongan ini berkemungkinan besar ialah ahli astronomi bukan Yahudi yang memerhatikan bintang di langit pada malam kelahiran Yesus. Mereka sedar bahawa peristiwa ini meramalkan perubahan kosmos di dunia ini. Mereka menjelajah untuk mencari punca peristiwa ini dan berkemungkinan besar mendengar berita tentang kelahiran Yesus. Jadi, mereka menghadap Raja Herodes kerana mereka ingin bertemu dengan raja baru ini untuk memuliakan dan menyembah-Nya. 

Herodes, sebagai raja semasa Israel yang dilantik oleh kerajaan Roma, tidak gembira dengan berita tentang ancaman terhadap pemerintahannya ini. Inilah perbezaan antara Herodes dan orang majus: di mana Herodes melihat ancaman, orang majus melihat harapan. Herodes melihat Yesus, bukan sebagai Penyelamat yang boleh menyelamatkannya, tetapi seseorang yang mengancam kuasanya terhadap Israel dan budi bicaranya dalam membuat keputusan. Herodes sudah biasa menjadi orang yang memberikan perintah dan menetapkan peraturan. Ia tidak mahu mentaati Anak Allah. Meskipun orang majus tersebut tidak dididik untuk menyembah Allah, mereka sedar bahawa kelahiran Yesus mewakili sesuatu yang lebih berkuasa dan menakjubkan. Mereka melihat harapan dan merasakan kegembiraan semasa mereka mendengar berita tentang Yesus. 

Kehidupan kita berhadapan dengan pilihan yang sama. Apabila kita mendengar tentang Yesus dan memahami Injil, Dia menjadi penyelamat kita dan raja kita. Itu bermaksud kita menyerahkan kuasa membuat keputusan kita terhadap kehidupan kita. Sekarang kita menjalankan kehidupan kita tertumpu pada Raja kita, bukannya pada diri sendiri. Maka, soalannya adalah, adakah anda seperti Herodes? Adakah anda melihat Yesus sebagai satu ancaman? Ataupun adakah anda seperti orang majus, yang melihat Yesus sebagai harapan bagi kehidupan mereka?

Soalan Renungan:

Pada pendapat anda, mengapakah orang majus sanggup berjalan jauh untuk mencari Yesus?

Dalam lingkungan kehidupan anda yang manakah anda bergumul untuk melepaskan kawalan anda dalam perjalanan anda dengan Yesus?

Adakah anda melihat Yesus lebih sebagai ancaman atau harapan bagi kehidupan anda? 

Hari 3

Perihal Pelan

The Nativity Scene

Salah satu daripada tradisi Krismas bagi keluarga adalah membina babak Natal yang menggambarkan kelahiran Yesus. Biasanya, kita melihat Maria, Yusuf, gembala, anak domba, dan orang majus mengelilingi bayi yang kecil di dalam palung. Ini merupakan babak indah yang mengingatkan kita tentang kelahiran Yesus. Walau bagaimanapun, pengetahuan kita tentang babak Natal boleh menyebabkan kita untuk lupa akan kemanusiaan setiap orang yang hadir pada malam yang istimewa itu.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Youth Commission International kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://yciclubs.com