Babak NatalSampel

The Nativity Scene

HARI 1 DARIPADA 4

  

Memanglah sukar untuk membayangkan babak natal tanpa salah seorang daripada orang yang paling penting, Maria, ibu Yesus. Melalui remaja menakjubkan inilah Anak Allah memasuki dunia hancur yang akan diselamatkan-Nya pada suatu hari nanti dengan kematian-Nya pada salib. 

Walau bagaimanapun, rancangan Allah pastilah bukan rancangan Maria. Sebenarnya, Maria mungkin menggambarkan kehidupannya dengan amat berbeza pada hari Gabriel memberitahunya berita bahawa ia akan hamil. Rancangannya adalah mengahwini tunangnya, Yusuf, dan memulakan keluarga bersamanya. Di samping itu, bagaimana ia akan hamil sedangkan ia masih seorang anak dara?

Nampaknya mustahil ia boleh hamil, tetapi Gabriel menjelaskan kepadanya bahawa Allah memungkinkan hal yang mustahil, bahawa ia akan hamil oleh Roh Kudus, dan bayi yang dikandungnya itu ialah Anak Allah! 

Maria mempertimbangkan rancangannya berbanding rancangan Allah terhadap kehidupannya. Maria berkata, “Aku hamba Tuhan; biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan.” Amat menakjubkan, bukan? 

Maria rela mengetepikan rancangannya dan keinginannya untuk mentaati panggilan Allah terhadap kehidupannya. Meskipun ini mungkin memalukannya kerana menjadi ibu luar nikah dan walaupun Yusuf mungkin tidak akan mempercayainya, ia mempercayai bahawa rancangan Allah adalah lebih baik daripada rancangannya. 

Dalam kehidupan kita, kita mesti mengingati ini juga. Kita mempunyai rancangan dan idea untuk kehidupan kita, tetapi kita mesti mengingati bahawa Allah berupaya mengabulkan lebih banyak daripada yang dapat kita bayangkan. 

Soalan Renungan:

Pada pendapat anda, apakah fikiran Maria semasa malaikat itu muncul di hadapannya?

Apakah rancangan yang mungkin Allah sediakan untuk anda yang tidak selaras dengan rancangan anda?

Berdoalah agar Allah akan memberikan anda iman Maria untuk mempercayai bahawa Allah berupaya mengabulkan lebih banyak daripada yang dapat anda bayangkan.

Hari 2

Perihal Pelan

The Nativity Scene

Salah satu daripada tradisi Krismas bagi keluarga adalah membina babak Natal yang menggambarkan kelahiran Yesus. Biasanya, kita melihat Maria, Yusuf, gembala, anak domba, dan orang majus mengelilingi bayi yang kecil di dalam palung. Ini merupakan babak indah yang mengingatkan kita tentang kelahiran Yesus. Walau bagaimanapun, pengetahuan kita tentang babak Natal boleh menyebabkan kita untuk lupa akan kemanusiaan setiap orang yang hadir pada malam yang istimewa itu.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Youth Commission International kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://yciclubs.com