Babak NatalSampel

The Nativity Scene

HARI 2 DARIPADA 4

Ingat kembali zaman kanak-kanak anda. Apakah yang anda bayangkan tentang diri anda apabila anda mencapai usia anda sekarang ini? Apakah yang anda bayangkan akan berlaku 5 tahun daripada sekarang, 10 tahun, 25 tahun? 

Berfikir tentang masa depan boleh menimbulkan emosi yang berbeza bagi banyak antara kita. Ini mungkin satu latihan yang menakutkan jika anda berasa tidak pasti tentang apa yang anda akan lakukan seterusnya dalam hidup. Jika anda menetapkan hati anda pada satu jalan tertentu, memanglah mengujakan untuk berusaha ke arah matlamat itu. Namun, bagaimana jika kehidupan anda tidak berjalan seperti yang dijangkakan? 

Itulah situasi yang melanda Yusuf apabila malaikat Tuhan muncul di hadapannya dan memberitahunya berita bahawa tunangnya akan melahirkan seorang anak lelaki. Hampir mustahil Yusuf berfikir bahawa berkahwin dengan Maria melibatkan tanggungjawab membesarkan anak Allah sebagai anaknya sendiri. 

Jika itu kelihatan seperti tanggungjawab yang berat, itu disebabkan tanggungjawab itu memanglah berat! Walau bagaimanapun, Yusuf ialah seorang lelaki yang benar dan meskipun kita tidak banyak membaca tentangnya dalam Alkitab, kita melihat bahawa ia dengan gembiranya tinggal di sisi tunangnya Maria dan membesarkan Yesus seperti anak kandungnya. 

Sementara keadaan sekitar kelahiran Yesus mengejutkan ibu bapa-Nya, keadaan tersebut tidak mengejutkan Allah. Dalam kehidupan kita, akan timbul keadaan yang mengganggu rancangan kita. Keadaan akan berubah dalam cara yang tidak dijangka dan sementara perubahan tersebut akan mengejutkan kita, kita mesti ingat bahawa Allah tidak pernah terkejut kerana keadaan kita. 

Dia telah merancang segala sesuatu berdasarkan kehendak-Nya untuk anda. Dalam cara yang sama, Dia tidak memilih Maria dan Yusuf secara kebetulan untuk menjadi ibu bapa duniawi kepada anak-Nya. Dia telah memilih untuk menggunakan anda walaupun rancangan-Nya bukan apa yang dijangka oleh anda. 

Soalan Renungan:

Kita sering fikir tentang Yesus sebagai bayi kecil dan kemudiannya seorang guru yang hebat, tetapi pada pendapat anda bagaimana rupanya menjadi ibu bapa Yesus? Adakah anda rasa pengalaman itu dipenuhi kegembiraan?

Apakah satu cara di mana Allah telah menggunakan keadaan yang mengejutkan dalam kehidupan anda secara tidak diduga?

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

The Nativity Scene

Salah satu daripada tradisi Krismas bagi keluarga adalah membina babak Natal yang menggambarkan kelahiran Yesus. Biasanya, kita melihat Maria, Yusuf, gembala, anak domba, dan orang majus mengelilingi bayi yang kecil di dalam palung. Ini merupakan babak indah yang mengingatkan kita tentang kelahiran Yesus. Walau bagaimanapun, pengetahuan kita tentang babak Natal boleh menyebabkan kita untuk lupa akan kemanusiaan setiap orang yang hadir pada malam yang istimewa itu.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Youth Commission International kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://yciclubs.com