Babak NatalSampel

The Nativity Scene

HARI 3 DARIPADA 4

Pada masa silam, semasa Roma meraikan kemenangan tentera, perjanjian keamanan, atau kelahiran maharaja yang baru, mereka akan menghantar utusan untuk mengumumkan berita baik tersebut kepada semua orang yang ditemui. Para utusan ini mempunyai tugas yang penting memandangkan tiada media sosial atau kaedah komunikasi massa pada waktu itu.

Cakap mulut adalah cara berita baik disebarkan pada zaman pemerintahan Roma. Sekarang, lihatlah bangsa Israel yang ditakluk oleh Roma. Di tengah-tengah padang di kota kecil yang sunyi ini pada tengah-tengah malam, sekumpulan gembala sedang memanaskan badan sementara menjaga kawanan domba mereka. Tiba-tiba, cahaya secerah siang hari menerangi langit dan sepasukan besar malaikat muncul mengkhabarkan berita baik bahawa seorang raja baru telah dilahirkan.

Bukan maharaja Roma, tetapi Penyelamat bagi seluruh dunia. 

Apabila mereka mendengar berita itu, mereka segera pergi untuk melihat bayi tersebut. Setelah mereka menemui Yesus, mereka pergi ke seluruh kampung untuk memberitahu semua orang tentang apa yang telah mereka dengar. 

Kita juga memiliki berita baik yang sama seperti gembala tersebut, dan kita juga harus didorong oleh berita yang menakjubkan bahawa Penyelamat dunia telah tiba. Gembala tersebut tidak berasa malu untuk mengetuk pintu pada tengah malam untuk mengumumkan berita baik tentang kelahiran Yesus kepada semua orang. Kita berpeluang mengumumkan kepada dunia ini bukan sahaja tentang kelahiran Yesus, malah tentang kematian dan kebangkitan-Nya. Seperti utusan Roma dan gembala tersebut, Allah meminta kita untuk menyebarkan berita baik tentang Anak-Nya kepada semua orang dalam lingkungan pengaruh kita. 

Soalan Renungan:

Apakah kelebihan yang kita miliki berbanding gembala tersebut dari segi keupayaan kita untuk mengkomunikasikan berita baik tentang Yesus kepada orang lain pada zaman ini?

Siapakah tiga orang dalam lingkungan pengaruh anda yang anda boleh doakan dan mencari peluang untuk berkongsi Berita Baik tentang Yesus? Berdoalah tentang itu sekarang.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Nativity Scene

Salah satu daripada tradisi Krismas bagi keluarga adalah membina babak Natal yang menggambarkan kelahiran Yesus. Biasanya, kita melihat Maria, Yusuf, gembala, anak domba, dan orang majus mengelilingi bayi yang kecil di dalam palung. Ini merupakan babak indah yang mengingatkan kita tentang kelahiran Yesus. Walau bagaimanapun, pengetahuan kita tentang babak Natal boleh menyebabkan kita untuk lupa akan kemanusiaan setiap orang yang hadir pada malam yang istimewa itu.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Youth Commission International kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://yciclubs.com