Mendawaikan Semula Hati Anda: 10 Hari untuk Melawan DosaSampel
Setiap Perkara Berpunca Daripada Hati
Setiap kelakuan kita berpunca daripada hati kita.
Alkitab menyatakan kebenaran ini dengan satu cara yang paling ringkas dalam Amsal 4:23. Idea ini boleh dinyatakan dengan ringkas sekali kerana idea ini terdiri daripada dua metafora. Metafora yang pertama adalah biasa bagi kita - hati anda.
Dalam fikiran penulis kitab Amsal dan pendengar asalnya, hati merupakan teras seseorang. Hati terdiri daripada fikiran, kehendak, hati nurani dan banyak lagi.
Metafora yang kedua tidak sukar difahami juga. Metafora ini menggabungkan dua perkataan dalam bahasa Ibrani asal. Perkataan yang pertama mengkomunikasikan idea tempat permulaan sesuatu: sumber, titik permulaan, atau punca sesuatu itu. Perkataan yang kedua mengkomunikasikan hidup. Maka, metafora itu bagaikan sungai kehidupan atau tempat asal semua hidup mengalir.
Menggabungkan dua gambaran tersebut, anda melihat gambaran semua kehidupan mengalir daripada titik permulaan di hati.
Berdasarkan ayat ini, kesukaan dan kebencian kita, kecenderungan dan perasaan, keinginan dan emosi kita mendorong setiap kelakuan kita.
Menurut fakta ini, penulis kitab Amsal memohon kita untuk menjaga hati kita. Bagaimanakah kita melakukan ini? Dalam konteks kitab ini, jawapannya adalah mudah: carilah kebijaksanaan.
Kitab Amsal dipenuhi perkara yang harus dihindari dan perkara yang harus dikejar. Hal yang terutama yang perlu diperhatikan ialah "kebijaksanaan" dalam Amsal ialah suatu watak. Ia ialah seseorang yang mencari kita dan mendekati kita.
Sarjana Alkitab telah lama memerhatikan bahawa Yesus ialah penjelmaan akhir kebijaksanaan. Dialah yang menyatakan Allah kepada kita. Dialah yang mengubah hati kita dengan Roh-Nya. Dialah Firman Allah yang datang kepada kita. Dialah wajah Allah yang kita cari.
Bagaimanakah kita menjaga hari kita? Kita mencari Yesus. Kita bersukacita dalam kebenaran Injil. Kita merenungi kurnia salib. Kita bersukacita dalam kuasa kebangkitan. Kita mendengar ajaran-Nya. Kita mengikut suara Roh-Nya. Kita menanti-nantikan kepulangan hadirat terakhir-Nya yang lengkap.
Semua perkara yang anda lakukan berpunca daripada hati. Anda ingin mengubah kelakuan anda? Carilah Yesus dan Dia akan menjaga hati anda.
Kitab
Perihal Pelan
Banyak orang Kristian percaya bahawa satu-satunya cara untuk melawan dosa ialah mencekalkan hati dan mengatasi cubaan. Walau bagaimanapun, anda tidak dapat melawan dosa dengan fikiran anda; anda mesti melawan dosa dengan hati anda. Berdasarkan buku Rewire Your Heart, pelan 10 hari ini melihat beberapa ayat yang paling penting tentang hati anda yang akan menolong anda menemui cara melawan dosa dengan membenarkan Injil untuk mendawaikan semula hati anda.
More