Mendawaikan Semula Hati Anda: 10 Hari untuk Melawan DosaSampel
Allah Inginkan Hati Anda
Apakah yang diingini Allah? Apakah yang Dia mahu daripada kita? Adakah Dia inginkan lagu pada hari Ahad atau doa yang baik pada waktu malam? Saya rasa kita tahu jawapannya ialah tidak. Allah inginkan hati kita.
Salah satu waktu yang paling jelas dalam Alkitab berkenaan kebenaran ini ialah dalam kitab Yesaya. Allah menggambarkan satu serangan yang bakal melanda Yerusalem.
Walau bagaimanapun, walau betapa banyak pun orang mendengar kata-kata Yesaya dan penyataan Allah, mereka tidak betul-betul mendengarnya. Mereka bagaikan orang yang diberikan sebuah kitab tetapi tidak dapat membukanya dan tidak tahu membaca (29:11-12).
Maka, mengapakah hukuman ini melanda? Mengapakah orang tersebut tidak dapat memahami penglihatan dan amaran daripada Allah?
Di sinilah kita mendapat gambaran yang jelas tentang perkara yang diingini Allah. Yang berikut ialah sebabnya:
“Bangsa ini mengaku menyembah Aku, tetapi kata-kata mereka kosong, dan hati mereka jauh daripada-Ku” (29:13).
Allah menghukum dan membutakan umat-Nya kerana mereka pura-pura beragama, tetapi hati mereka tidak ikhlas. Mereka mendekati Allah dan memuji-Nya serta mengatakan semua kata-kata yang betul, tetapi Allah tidak menerima jiwa raga mereka - hati mereka.
Allah inginkan hati anda, bukan bibir anda. Dia inginkan kasih sayang, minat, keinginan, dan kerinduan anda. Allah inginkan kemahuan anda. Dia tidak akan puas sehingga Dia menerima hati anda.
Mengapa? Kerana Dia tahu sehingga anda inginkan Dia barulah anda akan inginkan sesuatu yang baik. anda bukan sahaja menginginkan sesuatu yang baik, sebenarnya satu-satunya kebaikan, malah kebaikan yang terbesar. Allah inginkan keinginan anda kerana Dia inginkan kebaikan anda.
Bagaimanakah Dia akan menerima hati anda? Bagaimanakah Dia merancang untuk mendapat hati umat-Nya yang sesat pada zaman Yesaya?
Dia akan melakukan hal yang ajaib (29:14). Namun, hal yang ajaib tersebut tidaklah baik. Hal tersebut membawa ketakjuban. Hal seperti hukuman dan penghakiman yang besar. Sebabnya orang mendekati Allah dengan bibir mereka tetapi bukan dengan hati mereka ialah rasa takut mereka terhadap Allah adalah palsu. Ibadat mereka merupakan "peraturan yang diajarkan manusia” (29:13).
Oleh itu, Allah akan menanam rasa takut yang sebenar dalam hati mereka. Ini mungkin kedengaran keras, tetapi Allah inginkan hati mereka. Maka, Dia menyatakan diri-Nya kepada mereka dalam satu-satunya cara yang akan mengubah mereka.
Allah mengubah hati dalam cara yang sama sekarang ini. Dia menyatakan diri kepada kita secara menakjubkan. Cara yang paling menakjubkan yang digunakan-Nya untuk menyatakan diri kepada kita jugalah melalui pengadilan dan hukuman. Namun, pada waktu ini, pengadilan dan hukuman tidak menimpa kita yang patut menerimanya. Kemurkaan Allah telah menimpa Yesus, yang menanggung hukuman kita walaupun Dia tidak patut menerimanya.
Adakah hati anda berjauhan daripada Allah walaupun bibir anda rapat dengan-Nya? Adakah anda ingin mengubahnya? Lihatlah Yesus! Lihatlah bagaimana Allah telah menyatakan diri-Nya kepada anda dalam Kristus! Biarlah ketakutan dan kasih terhadap Allah menembusi hati anda dengan menyelami kebenaran Injil.
Kitab
Perihal Pelan
Banyak orang Kristian percaya bahawa satu-satunya cara untuk melawan dosa ialah mencekalkan hati dan mengatasi cubaan. Walau bagaimanapun, anda tidak dapat melawan dosa dengan fikiran anda; anda mesti melawan dosa dengan hati anda. Berdasarkan buku Rewire Your Heart, pelan 10 hari ini melihat beberapa ayat yang paling penting tentang hati anda yang akan menolong anda menemui cara melawan dosa dengan membenarkan Injil untuk mendawaikan semula hati anda.
More