Mendawaikan Semula Hati Anda: 10 Hari untuk Melawan DosaSampel

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

HARI 7 DARIPADA 10

Melawan Dosa dengan Gembira

Apabila keadaan menjadi amat susah, memanglah lebih senang untuk berdosa. Mazmur 37 menggambarkan bagaimana bertabah semasa mengalami kesusahan. 

Pemazmur Daud menulis bahawa orang yang jahat melakukan kedurjanaan. Bagaimanakah Daud dan umat Allah harus memberikan respons? Daud berkata bahawa kita harus bertenang, bersabar dan beriman.

Namun, mungkinkah? Mungkinkah kita duduk dan menerimanya sahaja? Mungkinkah kita bertenang apabila keadaan kucar-kacir di sekeliling kita? Mungkinkah kita bersabar apabila segala hal tidak kena? Mungkinkah kita beriman apabila semua harapan berkocak? 

Terdapat banyak nasihat yang baik dalam Mazmur ini untuk menjawab soalan di atas. Walau bagaimanapun, satu nasihat yang terindah, paling berguna, dan terkenal ditemui dalam Mazmur 37:4. 

“Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.” 

Ayat ini adalah berguna kerana dua sebab. 

Pertama, ketabahan dan melawan dosa tidak perlu menjadi sesuatu yang menyedihkan. Kita telah dipanggil untuk bersukacita! Namun, di manakah kita harus menemui sukacita tersebut dalam keadaan yang suram? Kita tidak menemuinya di sekeliling kita. Kita tidak menemuinya dengan berfikiran positif sahaja. Tidak. 

Kita menemui sukacita dalam TUHAN. Kita bersukacita dalam Allah. Bagi kita sebagai orang Kristian, cara terbaik untuk melakukan ini ialah dengan mengulang berita baik Injil kepada diri sendiri. Yesus telah menyelamatkan anda daripada dosa dan kematian. Dia telah menanggung hukuman anda. Anda telah berdamai dengan Bapa. Anda telah dijadikan bait Allah yang hidup. Carilah kebahagiaan yang datang daripada semua hal yang telah dilakukan oleh Allah untuk anda. 

Sebab kedua ayat ini adalah berguna ialah kita menerima sesuatu. Kita bukan sahaja tidak harus bersedih malah kita menerima sesuatu yang baik. Kita menerima keinginan hati kita. 

Apakah keinginan hati kita yang akan diberikan kepada kita semasa kesusahan? Keinginan itu ialah perkara yang harus menjadi sukacita kita. Kita menerima Allah!

Walau apa pun keadaannya dan walau apa pun dosanya, jika anda bersukacita dalam Allah Injil, anda akan menerima Allah Injil. Berbahagialah dalam Yesus dan Yesus akan menyatakan diri-Nya kepada anda.

Demikianlah anda melawan dosa semasa menghadapi kesusahan. Libatkan hati anda dalam pertempuran itu. Berbahagialah dalam Allah.

Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

Banyak orang Kristian percaya bahawa satu-satunya cara untuk melawan dosa ialah mencekalkan hati dan mengatasi cubaan. Walau bagaimanapun, anda tidak dapat melawan dosa dengan fikiran anda; anda mesti melawan dosa dengan hati anda. Berdasarkan buku Rewire Your Heart, pelan 10 hari ini melihat beberapa ayat yang paling penting tentang hati anda yang akan menolong anda menemui cara melawan dosa dengan membenarkan Injil untuk mendawaikan semula hati anda.

More

Kami bersyukur kepada Spoken Gospel kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/2ZjswRT