Mendawaikan Semula Hati Anda: 10 Hari untuk Melawan DosaSampel

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

HARI 8 DARIPADA 10

Perjanjian Lama Lawan Perjanjian Baru

Apakah perbezaan antara Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru? 

Perkara pertama yang harus ditegaskan ialah perkataan "testament" (perjanjian) memaksudkan "covenant" (perjanjian). Maka, persoalan sebenarnya ialah apakah perbezaan antara perjanjian lama dan perjanjian baru? 

Sebenarnya ada beberapa perbezaan. Namun, perbezaan utamanya, seperti yang dinyatakan dalam Yeremia 31:31-34, ialah hati. 

Perjanjian lama ialah perjanjian yang diberikan kepada Musa dan umat Israel selepas keluaran mereka dari Mesir. Perjanjian ini disertai hukum. Hukum ini termasuk sepuluh hukum yang terkenal. Jika Israel mematuhi hukum, mereka akan dibenarkan untuk diam dalam hadirat Allah dengan berhubungan dengan Dia. 

Walau bagaimanapun, Israel tidak pernah mematuhi perjanjian. Mereka sentiasa melanggar hukum Allah. 

Mengapakah mereka tidak mematuhi perjanjian? Kerana hukum terletak di luar diri mereka. Hukum tidak ada dalam diri mereka. 

Perjanjian baru adalah berbeza. Allah akan menuliskan hukum perjanjian ini pada hati umat-Nya. Hukum akan ada dalam diri mereka. 

Hukum yang terletak di luar tidak dapat mengubah hal dalaman. Mesti ada perubahan dalaman untuk mentaati hukum di luar. 

Kita selalu cuba mengubah diri dengan pengaruh luaran. Melalui pelbagai peraturan, disiplin, rutin, dan batasan, kita cuba mengubah tindakan kita. Kita cuba melawan dosa, menjadi suci, dan mengubah kelakuan kita dengan hukum luaran. Walau bagaimanapun, ini tidak pernah berhasil. 

Hukum tidak mengubah hati. 

Oleh itu, bagaimanakah Allah menggunakan perjanjian baru untuk mengubah hati kita? Dia memenuhi semua syarat perjanjian untuk kita dalam Yesus. Yesus mati di bawah kutukan hukum yang patut ditanggung oleh kita dan Dia memberikan kita berkat perjanjian yang diperoleh-Nya. Dia melakukan ini dengan mengorbankan nyawa-Nya di salib. Pengorbanan seperti itu menggerakkan hati kita dalam cara yang baru. 

Namun, hati kita tidak berubah dengan mendengar cerita Injil sahaja. Sesuatu lagi harus berlaku. Umat Israel diselamatkan dari Mesir dan hati mereka tetap keras terhadap Allah.  

Sesuatu perlu berlaku dalam diri kita. Oleh sebab itulah Allah memberikan kita Roh Kudus. Roh Kudus mengubah hati kita untuk betul-betul mempercayai injil, menikmati injil, dan memberikan respons terhadap Allah kerana Injil. 

Perbezaan antara Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru ialah perjanjian baru mengubah hati kita, supaya kita boleh mentaati Allah dengan rela hati.

Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Rewire Your Heart: 10 Days To Fight Sin

Banyak orang Kristian percaya bahawa satu-satunya cara untuk melawan dosa ialah mencekalkan hati dan mengatasi cubaan. Walau bagaimanapun, anda tidak dapat melawan dosa dengan fikiran anda; anda mesti melawan dosa dengan hati anda. Berdasarkan buku Rewire Your Heart, pelan 10 hari ini melihat beberapa ayat yang paling penting tentang hati anda yang akan menolong anda menemui cara melawan dosa dengan membenarkan Injil untuk mendawaikan semula hati anda.

More

Kami bersyukur kepada Spoken Gospel kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://bit.ly/2ZjswRT