Berikan Makna kepada Pekerjaan AndaSampel
Percaya Pada Allah Di Tempat Kerja Setiap Masa
Siapa yang kita tujukan pekerjaan kita adalah penting dan boleh mempengaruhi makna yang kita berikan terhadap pekerjaan kita. Sekiranya kita menghormati orang yang bekerja bersama kita dan berfikir secara positif tentang organisasi kita, kita lebih cenderung hendak menjalankan kerja dengan sedaya upaya. Namun, apabila kita dianiayai, atau mempunyai isu dengan orang di tempat kerja, memanglah mudah untuk menjadi kecewa, hampa malah marah. Penilaian kita terhadap orang lain boleh membawa impak yang negatif terhadap motivasi kita untuk menjalankan kerja dengan sedaya upaya.
Yusuf mempunyai alasan untuk menjadi marah dan kecewa. Dia telah dipenjarakan kerana sesuatu yang tidak dilakukannya. Walau bagaimanapun, Yusuf terus percaya pada Allah dan melayani ketua penjara dengan sebaik-baiknya. Disebabkan itu, dia telah diamanahkan untuk menjaga semua orang tahanan. Apabila pengurus roti dan pengurus minuman, yang telah dihantar ke penjara, kelihatan muram, Yusuf mengambil berat terhadap mereka. Dia mendengar mereka menceritakan tentang mimpi yang membimbangkan mereka dan memberikan tafsiran mimpi seperti yang ditunjukkan oleh Allah. Kebaikan hatinya menyebabkan pengurus minuman itu mencadangkan Yusuf kepada Firaun apabila Firaun termimpi sesuatu yang membimbangkannya dan tidak dapat ditafsirkan oleh orang lain. Pada ketika itu juga, Yusuf tidak cuba menonjolkan dirinya. Dia memberitahu Firaun bahawa tidak ada sesiapa yang dapat mentafsirkan mimpi melainkan Allah. Sesudah itu, dia memberi tafsiran yang diberikan kepadanya oleh Allah.
Disebabkan Yusuf taat ketika di penjara, Allah melantiknya menjadi kuasa atas seluruh tanah Mesir (Lukas 16:10). Allah sentiasa menyertai Yusuf, menyediakannya, memberikannya kebijaksanaan dan mengaturkan keadaan untuk menyempurnakan tujuan-Nya.
Sekiranya motivasi kita untuk melaksanakan perkerjaan kita dengan sebaik-baiknya dipengaruhi oleh kelakuan orang lain, komitmen kita untuk berusaha bersungguh-sungguh akan berubah-ubah. Namun, apakah yang akan berlaku sekiranya anda sentiasa percaya pada Allah dalam pekerjaan anda? Menjalankan kerja kita demi Allah memperkasakan kita untuk terus membuahkan hasil yang lebat. Bagaimanakah anda dapat menambahkan kepercayaan anda pada Allah di tempat kerja?
Doa
Bapa, maafkan saya ketika saya membenarkan penilaian saya terhadap orang lain untuk mempengaruhi sikap saya terhadap kerja saya secara negatif. Tambahkan kepercayaan saya agar Engkau dapat menggunakan semua kerja saya untuk memuliakan-Mu. Kerjalah dalam hati saya supaya saya dapat mengekalkan sikap yang positif. Dalam nama Yesus. Amin.
Perihal Pelan
Kebanyakan daripada kita menghabiskan 50 peratus daripada masa dewasa kita untuk bekerja. Kita hendak tahu bahawa pekerjaan kita adalah bermakna – bahawa pekerjaan kita itu adalah penting. Namun, tekanan, desakan dan kesusahan membuat kita rasa bahawa kerja adalah sukar – sesuatu yang perlu ditempuhi. Pelan bacaan ini akan membantu anda menyedari kuasa yang anda perlu pilih untuk makna yang positif bagi perkerjaan anda yang berurat berakar dalam iman.
More