Berikan Makna kepada Pekerjaan AndaSampel
Makna Pekerjaan Kita adalah Pilihan Kita
Dalam Kejadian 37:5-7 dan 9, Yusuf bermimpi tentang panggilan besar daripada Allah terhadap hidupnya. Dia bermimpi bahawa dia akan memperoleh kedudukan yang berkuasa sehinggakan ahli keluarganya juga akan tunduk kepadanya. Saudara-saudaranya menaruh perasaan dengki terhadapnya dan hendak nyahkan saudara bongsu mereka itu. Ketika mereka berada jauh dari rumah dan Yusuf datang seorang diri untuk memeriksa mereka, mereka merebut peluang untuk menjual Yusuf sebagai hamba. Anda boleh mengatakan bahawa Yusuf mengalami satu penyimpangan yang besar.
Yusuf terpaksa bekerja sebagai seorang hamba di negeri asing di mana rakyatnya tidak mengenali Allah, tetapi mereka tidak dapat menyekat kebebasannya untuk memilih sikapnya terhadap pekerjaannya. Yusuf tidak mengizinkan peranannya untuk mendefinisikannya. Walaupun bosnya ialah Potifar, Yusuf memilih untuk melayani Allah dan menjalankan kerjanya dengan cemerlang. Akibatnya, Allah menjadikan Yusuf berjaya dalam segala sesuatu yang dilakukannya, dan Potifar melantik Yusuf untuk mengurus segala kepunyaannya.
Kita semua mempunyai pekerjaan yang diidamkan. Mungkin pekerjaan anda sekarang adalah jauh berbeza daripada pekerjaan idaman anda. Walau bagaimanapun, kita membuat pilihan – secara sedar atau tidak sedar – tentang makna pekerjaan kita kepada kita. Makna yang kita berikan kepada pekerjaan kita menentukan sikap kita terhadapnya, lalu mempengaruhi kualiti dan kecemerlangan pekerjaan kita, dan itu mempengaruhi bagaimana Allah boleh menggunakan kita.
Kita mempunyai kebebasan untuk memilih makna yang positif untuk pekerjaan kita. Apabila kita berbuat demikian, kita bukan sahaja lebih cenderung menjalankan tugas kita dengan baik, malah membolehkan orang lain untuk melihat Kristus dalam kita. Pada asasnya, identiti kita adalah dalam Kristus, bukan dalam pekerjaan kita. Mintalah Allah untuk menunjukkan kepada anda makna-Nya terhadap pekerjaan anda di kerajaan-Nya.
Doa
Allah Bapa, tolonglah saya untuk melihat pekerjaan saya melalui mata-Mu hari ini. Tolonglah saya untuk ingat bahawa Engkau menggunakan semua kerja yang saya lakukan dengan cemerlang kerana kasih saya terhadap-Mu untuk menunjukkan kasih Kristus kepada orang lain. Semoga semua orang yang bekerja bersama saya melihat Kristus dalam saya hari ini. Dalam nama Yesus. Amin.
Peninjauan Lanjut
Ketahui cara menemukan tujuan dalam pekerjaan kita yang paling biasa di blog Workmatters.
Perihal Pelan
Kebanyakan daripada kita menghabiskan 50 peratus daripada masa dewasa kita untuk bekerja. Kita hendak tahu bahawa pekerjaan kita adalah bermakna – bahawa pekerjaan kita itu adalah penting. Namun, tekanan, desakan dan kesusahan membuat kita rasa bahawa kerja adalah sukar – sesuatu yang perlu ditempuhi. Pelan bacaan ini akan membantu anda menyedari kuasa yang anda perlu pilih untuk makna yang positif bagi perkerjaan anda yang berurat berakar dalam iman.
More