Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 7 DARIPADA 36

Masa Kelam dalam Kehidupan Kita

Prinsip Hidup 7: Masa kelam kehidupan kita hanya akan berterusan untuk tempoh yang dirasakan perlu oleh Allah untuk mencapai tujuan-Nya dalam kita.

Jika anda inginkan yang terbaik daripada Allah untuk kehidupan anda dan ingin dipakai oleh-Nya, pada satu detik anda perlu mengharungi jalan yang susah. Ini bermakna Allah boleh dan akan menggunakan kesusahan dalam kehidupan anda untuk tujuan baik—namun, malangnya, ramai orang melihat kesusahan sebagai perkara yang negatif dan mengecewakan. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjadi seperti mereka.

Allah menjadikan kesusahan, walau apa pun puncanya, titik perubahan di mana anda boleh mencapai kemajuan yang pesat dalam pertumbuhan rohani anda. Dia hanya membenarkan kesusahan untuk kekal dalam kehidupan anda sehingga Dia mencapai tujuan-Nya dalam diri anda. Dia tidak akan membiarkan ia berterusan untuk sesaat lebih lama daripada yang diperlukan

Sekarang, di mana pun anda berada, ingatlah ini: Allah telah menetapkan had bagi setiap kesusahan. Disebabkan anda ialah anak Allah, Roh Kudus diam dalam anda, dan Dia tahu kemampuan anda untuk menanggungnya. Pemazmur berkata: “Orang baik mengalami banyak kesusahan, tetapi TUHAN menyelamatkan mereka daripada semuanya” (Mzm. 34:20). Dan, “Seperti seorang bapa mengasihani anak-anaknya, begitulah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya. Dia tahu bagaimana kita dibentuk, Dia ingat bahawa kita ini debu belaka” (Mzm. 103:13-14).

Melalui kesusahan, Allah membentuk anda menjadi hamba yang matang dan efektif. Apabila anda mengenali Kristus sebagai Juruselamat anda, Allah melihat anda sebagai orang kudus—ada kalanya bergumul, kadang-kadang gagal, tetapi dilindungi, ditebus, diampuni dan didamaikan bersama-Nya. Dia melihat seseorang yang dipenuhi kasih-Nya yang tidak bersyarat, dipenuhi hadirat-Nya, dimeterai oleh janji Roh Kudus, yang namanya tertulis di dalam Kitab Orang Hidup Domba. Dia juga melihat semua potensi anda—semua kebaikan yang anda mampu capai untuk kerajaan-Nya. Maka, jangan putus asa—kesusahan tidak akan kekal dalam kehidupan anda. Walau bagaimanapun, apabila ia hadir, ia boleh membangunkan perkara yang baik jika anda sanggup mempercayai-Nya. Oleh itu, walau apa pun masa kelam yang anda hadapi, berasa yakinlah bahawa Dia akan membawa anda kepada terang. Dan apabila Dia berbuat demikian, ia pastilah berbaloi.

Hari 6Hari 8

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda. 

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal