Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 3 DARIPADA 36

Sauh Kita Semasa Ribut

Prinsip Hidup 3: Firman Allah adalah sauh yang tidak boleh dialihkan semasa ribut.

Tiap-tiap seorang daripada kita pasti boleh mengingati waktu apabila kita mengharapkan kepastian daripada Allah—sesuatu yang menjadi pautan kita apabila keraguan dan ketakutan timbul. Allah tahu saat kita perlukan galakan, pimpinan dan harapan. Sebab itulah Dia menyediakan janji khusus dalam Firman-Nya supaya kita boleh memahami sifat-Nya dan mempercayai-Nya. Pada saat golakan emosi, janji Allah adalah penting untuk kesejahteraan rohani kita.

Oleh itu, Firman-Nya bagaikan kompas, pemandu, dan buku arahan kehidupan. Sebagaimana kita menggunakan manual arahan di tempat kerja atau di dapur, kita harus menggunakan Firman Allah sebagai sumber kebijaksanaan dan kebenaran. Tiada seorang pun akan membakar kek tanpa resipi, mekanik juga tidak akan membina semula enjin kereta tanpa manual.

Ada kalanya, Allah memberikan ayat Alkitab khusus untuk memberikan harapan-Nya dan keyakinan bagi hati kita. Pada waktu lain, Dia mencabar kita untuk berdoa dan mencari hikmat-Nya tentang isu tertentu. Apabila kita memandang Allah secara beriman, Dia akan memimpin kita menurut kehendak-Nya. Sememangnya, ini tidak berlaku dalam sekelip mata. Banyak kali Allah mahu kita merenungkan ayat Alkitab tertentu untuk suatu tempoh sebelum Dia memberi pimpinan-Nya.

Apabila Raja Daud meminta nasihat Allah berkenaan hasratnya untuk membina Rumah Allah, Alkitab menyatakan: “Selepas itu Raja Daud masuk ke dalam Khemah TUHAN. Baginda duduk lalu berdoa” (2 Sam. 7:18). Daud tidak memerintah orang suruhannya untuk memulakan kerja pembinaan. Dia menantikan pimpinan Allah—dan ia sesuatu yang baik kerana Tuhan mahu anak Daud, Salomo, untuk membinanya.

Walau bagaimanapun, Allah berkenan dengan sikap Daud dan memberikannya satu janji yang indah: “Engkau akan sentiasa mempunyai keturunan dan Aku akan mengekalkan kerajaanmu. Kerajaanmu tidak akan berkesudahan” (2 Sam. 7:16). Tuhan sentiasa menyenangi kehendak kita untuk meminta pimpinan dan kebijaksanaan-Nya. Jika kita datang kepada Allah dan menjangkakan jawapan-Nya, Dia tidak akan mengecewakan kita.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda. 

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal