Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel
Kehidupan yang Taat
Prinsip Hidup 2: Taatilah Allah dan serahkan semua akibat kepada-Nya.
Ketaatan mungkin mencabar, terutamanya apabila kita terpengaruh untuk percaya bahawa kita akan kerugian lebih banyak kerana ketaatan daripada keuntungannya. Akan tetapi, mentaati Allah adalah penting untuk menyenangkan hati-Nya—bukan sahaja pada waktu diuji, tetapi pada setiap masa.
Apabila Allah memerintah kita untuk mentaati-Nya, Dia memberi kita satu prinsip kehidupan. Dia juga menetapkan struktur bagi kehidupan kita, yang membentuk satu dinding pelindung daripada kejahatan.
Bolehkah anda ingat kali terakhir anda rasa ingin melakukan sesuatu yang bertentangan daripada apa yang anda tahu Allah mahu anda lakukan? Besar kemungkinan, satu pergumulan berlaku dalam hati anda. Persoalan yang timbul: Adakah mentaati Allah mengorbankan lebih banyak daripada tidak mentaati-Nya? Bolehkah saya mengalami sukacita yang lebih besar dengan melakukan dosa ini berbanding mentaati Allah?
Apabila kita memilih untuk mentaati Allah, kita memilih jalan hikmat. Janji berkat-Nya kerana taat jauh melebihi segala akibat. Dia meminta kita untuk berserah kepada-Nya dan meninggalkan segala sesuatu yang berlaku dalam tangan penyayang-Nya.
Kita mesti ingat bahawa Allah menyayangi kita dan komited kepada kita. Dia memerintahkan ketaatan kita, bukan kerana Dia adalah pengurus tugas yang tegas, tetapi kerana Dia tahu kesan buruk ketidaktaatan dan dosa terhadap kehidupan kita.
Ketaatan mungkin tidak mudah—anda mungkin menerima kritikan daripada orang lain atau menghadapi dugaan dan penentangan yang kuat—tetapi ia akan sentiasa meletakkan anda pada kedudukan yang menyenangkan hati Allah. Dia akan menjaga setiap perkara yang melibatkan anda; oleh itu, terus kekal pada jalan ketaatan dan serahkan segala yang lain kepada-Nya.
Kitab
Perihal Pelan
Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda.
More