Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 5 DARIPADA 36

Kehendak Allah yang Tidak Munasabah

Prinsip Hidup 5: Allah tidak mewajibkan kita untuk memahami kehendak-Nya, hanya mentaatinya, walaupun ia dirasakan tidak munasabah.

Adakah anda sering mendapati diri tertanya-tanya kenapa Allah tidak menjawab doa anda atau mengapa, walaupun anda telah berusaha, keadaan hidup anda masih tidak berjalan lancar? Jawapannya mungkin terletak pada tahap ketaatan anda terhadap Allah. Barangkali, waktu menunggu disebabkan Allah mahu anda untuk berdiam, mempercayai-Nya dan menantikan isyarat-Nya untuk maju ke hadapan. 

Apabila kita memilih jalan ketaatan, kita harus bersedia untuk sebarang respons yang mungkin diterima (baik secara positif atau negatif), mengetahui bahawa Allah mempunyai alasan yang baik untuk perintah-Nya dan akan membantu kita dengan cara yang luar biasa. Kita tidak harus memfokus pada perkara atau orang yang cuba mengalihkan perhatian kita daripada melakukan kehendak Allah. Roh Kudus membolehkan kita untuk mentaati setiap perintah Allah dan sentiasa mengarahkan kita dengan cara yang terbaik. Oleh itu, apapun yang dikehendaki-Nya daripada kita—sama ada ianya menyakitkan atau menggembirakan, menguntungkan atau merugikan, munasabah atau tidak—Bapa syurgawi kita akan memberikan kita kemampuan dan kekuatan untuk mentaatinya, tanpa menghiraukan pandangan orang lain atau keadaan kita.

Ketaatan harus menjadi keutamaan dalam kehidupan setiap orang yang percaya. Ia adalah satu-satunya cara anda dapat menjadi peribadi yang diingini Allah dan satu-satunya cara anda akan mencapai perkara indah yang telah disediakan-Nya untuk hidup anda. Roh Kuduslah yang memampukan anda untuk berjalan dengan taat di hadapan Tuhan, dalam kekuatan dan kuasa-Nya.

Maka, pilihlah untuk mentaati-Nya, walaupun anda tidak memahami kenapa Dia meminta anda untuk melakukan sesuatu. Percayalah kerana arahan-Nya adalah untuk kebaikan anda (Yer. 29:11). Dengan cara ini, anda boleh menjadi peribadi yang Dia mahukan, melakukan pekerjaan yang Dia mahu anda lakukan, menghasilkan buah yang dibolehkan-Nya, dan menerima semua berkat yang disediakan-Nya bagi anda.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda. 

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal