Siapakah Yesus?Sampel
Yesus ialah Tuhan yang Telah Bangkit
Pernahkah anda menghadiri upacara pengebumian? Saya tahu ini ialah soalan yang mengerikan dan saya meminta maaf kerana menyatakannya secara terus-terang. Walau bagaimanapun, upacara pengebumian membangkitkan pelbagai soalan besar tentang kematian, dan kehidupan sesudah mati.
Adakah kematian bagaikan tanda noktah (atau titik noktah) yang mengakhiri ayat duniawi kita? Ataupun, adakah kematian bagaikan tanda koma yang bertindak sebagai peralihan kepada sejenis kewujudan yang lain?
Adakah sebab untuk mempercayai kehidupan sesudah mati, dan harapan selepas mati?
Babak cerita yang baru dibaca berlaku di bilik di tingkat atas tidak lama selepas orang Roma membunuh Yesus. Murid-murid berkumpul, ketakutan kerana perkembangan yang teruk, apabila, tiba-tiba, Yesus muncul di tengah-tengah mereka.
Ini bukanlah kali pertama Yesus mengejutkan murid-murid-Nya dengan menampakkan diri-Nya yang hidup semula. Walau bagaimanapun, Tomas, tidak hadir sebelumnya dan ia masih ragu-ragu tentang seluruh peristiwa itu, maka Yesus mendekatinya secara khusus dan berkata,
“Letakkanlah jarimu di sini, dan lihatlah tangan-Ku. Hulurkanlah tanganmu dan letakkanlah pada rusuk-Ku. Janganlah ragu-ragu lagi, tetapi percayalah!” Tomas berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!” (ay. 27, 28).
Dari sinilah kita mendapat frasa “doubting Thomas” (orang yang ragu-ragu).
Seperti Tomas, kita mungkin pernah ragu-ragu; masa kita meragui kebenaran Allah; waktu kita tertanya-tanya jika Yesus betul-betul mengasihi kita. Kita mungkin tanya, "Adakah semua ini benar?" "Bolehkah saya mempercayai apa yang tidak dilihat itu?"
Mujurlah, Allah tidak takut akan keraguan kita, dan apabila kita menyuarakan keraguan kita kepada Allah, itu sebenarnya tindakan beriman. Sebenarnya, kita mendapat tahu daripada cerita ini bahawa Yesus rela mendekati kita di tengah-tengah keraguan kita, dan sering kali iman yang lebih kuat dan lebih yakin ditemui di sebelah pergelutan dengan keraguan yang satu lagi.
Walau bagaimanapun, di samping keraguan, berita baiknya ialah kita mempunyai banyak sebab yang kuat untuk mempercayai bahawa Allah telah membangkitkan Yesus daripada kematian. Berikut ialah beberapa sebabnya:
- Kubur Yesus didapati kosong pada hari Ahad selepas penyaliban-Nya dan pengumuman kematian-Nya.
- Yesus menampakkan diri kepada murid-murid-Nya sepanjang tempoh 40 hari, termasuk kepada orang yang ragu-ragu seperti Tomas, dan kepada pewaham seperti Yakobus dan Paulus, yang pada asalnya bukan pengikut Yesus.
- Hasil daripada kemunculan ini, hidup murid-murid itu berubah secara radikal sehinggakan banyak antaranya rela menderita dan mati demi kepercayaan mereka akan Yesus. Jelasnya, orang mati kerana perjuangan (atau agama) yang dipercayai benar, tetapi tiada orang yang waras akan mati untuk sesuatu yang diketahui palsu! Seperti yang diingatkan oleh cerita ini, murid pertama dapat mengetahui jika cerita tentang kebangkitan Yesus adalah benar ataupun palsu!
Cara terbaik untuk menjelaskan perkembangan keKristianan dan transformasi hidup yang berterusan sehingga sekarang ini, dan maklumat yang disenaraikan di atas, ialah kebangkitan Yesus Kristus!
Pelan bacaan Alkitab lima hari ini tertumpu pada identiti Yesus. Kebangkitan fizikal Yesus memberikan kita bayangan yang terakhir.
Allah sendiri telah mengesahkan identiti Yesus melalui satu mukjizat.
Yesus betul-betul Anak Allah dan Penyelamat kita!
Kebangkitan bermaksud kematian tidak lagi memberikan kata putus.
Ada harapan selepas mati.
Kematian bukanlah tanda noktah; kematian ialah tanda koma yang membawa kita kepada kehadiran Yesus.
Kita dijemput untuk memberikan respons kepada Yesus dengan menggemakan kata-kata Tomas: “Ya Tuhanku! Ya Allahku!”
Kitab
Perihal Pelan
Yesus merupakan tokoh utama dalam iman Kristian, dan pelan 5 hari ini menyelami siapa Dia itu: pengampun dosa, sahabat orang yang berdosa, cahaya, pekerja mukjizat, Tuhan yang telah bangkit.
More