Siapakah Yesus?Sampel
Cerita Seorang Lumpuh: Yesus Pengampun Dosa
Jika anda ialah seorang adiwira, apakah kuasa hebat anda? Ini merupakan satu soalan yang penting, jadi berfikir betul-betul sebelum menjawab.
Terbang?
Halimunan?
Menguasai fikiran?
Tidak dapat dimusnahkan?
Bagaimana kalau ada pilihan “semua di atas”?
Pada zahirnya, rasa kagum kita terhadap adiwira mungkinlah keinginan kita untuk dihiburkan dan melepaskan diri daripada pergelutan sehari-hari kehidupan. Walau bagaimanapun, pada tahap yang lebih mendalam, mungkin kita tertawan dengan adiwira kerana keinginan semula jadi kita untuk diselamatkan, dan kedahagaan kita akan kuasa melewati hal yang biasanya mungkin.
Yesus bukanlah adiwira dalam erti Marvel, tetapi semasa kita membaca Injil, kita mendapati bahawa Yesus memiliki keupayaan melewati hal yang biasanya mungkin, seperti menyembuhkan orang yang sakit dan mengusir roh jahat, akibatnya, Yesus menarik perhatian orang yang banyak, dan khabar angin tentang kuasa-Nya tersebar dengan cepat.
Dalam cerita ini, empat orang lelaki mendengar tentang pekerja mukjizat ini, dan bertolak untuk berjumpa dengan Dia. Mereka bertekad untuk membawa kawan mereka yang menderita untuk berjumpa Yesus, tetapi segera berhadapan dengan sekatan orang.
“Tetapi kerana terlalu banyak orang, mereka tidak dapat membawa dia kepada Yesus. Oleh itu mereka membuka bumbung rumah yang terletak tepat di atas tempat Yesus. Kemudian mereka menurunkan orang lumpuh yang terbaring di atas tikar” (ay. 4).
Marilah kita berhenti sejenak.
Mereka betul-betul melakumusnahkan rumah orang lain!
Syukurlah, Yesus memaafkan kemusnahan harta itu dan berkata kepada orang lumpuh itu, "Anak-Ku, dosamu sudah diampunkan" kemudiannya menyembuhkan kakinya. Orang ramai di sana berasa kagum, tetapi pemimpin agama bertanya dalam hati mereka, "Siapa yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah sendiri?”
Satu-satunya orang yang boleh mengampunkan semua dosa ialah satu-satunya orang yang telah tersinggung oleh semua dosa — iaitu, Allah.
Sekali lagi cerita ini memberikan kita bayangan tentang identiti Yesus. Dalam cerita ini, Yesus bercakap dan bertindak di tempat Allah tanpa rasa malu. Yesus juga memberikan bukti tentang kuasa kudus-Nya untuk mengampunkan dosa dengan melakukan mukjizat. Dengan kata lain, cerita ini memberitahu kita bahawa Yesus ialah Allah!
Kita mungkin tidak lumpuh dari segi fizikal seperti orang dalam cerita ini.
Namun, pada tahap peribadi, kita telah membuat kesalahan, dan sesetengah daripada kita rasa lumpuh kerana rasa malu kita, ketakutan kita dan kekurangan kita. Kaki kita berfungsi dengan baik, tetapi hidup kita rasa remuk kerana masalah terbesar kita sentiasanya bersifat rohani sebelum bersifat fizikal.
Keperluan terbesar kita ialah diampunkan dan berdamai dengan pencipta kita — untuk mengalami kuasa penyembuhan kasih Allah sementara ia meresap ke dalam semua ketidakyakinan kita dan menyempurnakan kita.
Yesus bukanlah adiwira daripada wayang.
Yesus adalah benar.
Hal yang indah berlaku apabila kita mendekati Yesus: tubuh dipulihkan, hati disembuhkan, ketakutan dihentikan, harapan dilahirkan, dan rasa malu dilenyapkan.
Oleh itu, adakah kita akan menyatakan dosa kita dan membenarkan Yesus untuk mengampunkan kita dan membebaskan kita? Lebih-lebih lagi, adakah kita mempercayai bahawa Yesus boleh melakukan ini untuk kawan kita? Jika ya, adakah kita rela melakukan apa jua untuk memperkenalkan Yesus kepada kawan kita?
Kitab
Perihal Pelan
Yesus merupakan tokoh utama dalam iman Kristian, dan pelan 5 hari ini menyelami siapa Dia itu: pengampun dosa, sahabat orang yang berdosa, cahaya, pekerja mukjizat, Tuhan yang telah bangkit.
More