Siapakah Yesus?Sampel
![Who Is Jesus?](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F9242%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Roti dan Ikan
Pernahkah anda menonton filem Disney, “The Prince of Egypt?”
Terus-terang, cerita ini berbeza daripada Aladdin.
Lion King jugalah filem yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, tidak seperti Aladdin atau Lion King, Prince of Egypt diambil secara kasar daripada kisah benar yang ditemui dalam Alkitab — cerita Keluaran.
Dalam kitab Keluaran Perjanjian Lama, Allah menggunakan Musa untuk menyelamatkan umat-Nya daripada perhambaan di Mesir. Kemudian, orang Israel mendapati diri berkelana mengelilingi tanah gersang dalam keadaan letih, kotor dan lapar. Mereka merungut tentang kekurangan makanan jadi Allah menghantar "manna" dari syurga, yang dalam bahasa Ibrani bermaksud, "Apakah ini?"
Seluruh naratif ini merupakan sebahagian besar daripada cerita dalam Alkitab.
Namun, anda mungkin bertanya, “apakah kaitan Keluaran dengan cerita yang baru dibaca dalam Injil?”
Jawapannya terangkum dalam roti.
Dalam Yohanes 6, umat berada di padang gurun tanpa makanan. Yesus memandang syurga berdoa, dan roti turun dari syurga secara luar biasa sebagai peruntukan.
Rasa-rasa pernah dengar?
Sekali lagi roti diberikan secara luar biasa kepada umat Allah di tanah gersang.
Maka, apakah yang dinyatakan oleh ini tentang identiti Yesus dalam konteks rancangan Allah yang terbongkar dalam sejarah?
Musa menulis tentang seorang nabi yang lebih hebat daripadanya, pemimpin yang mengagumkan dan wakil Allah, yang akan datang. Yesus bagaikan Musa baru yang mengetuai Keluaran baru untuk menyelamatkan umat Allah daripada perhambaan dosa. Dalam pada itu, sebagai Penyelamat yang dijanjikan oleh Allah, Dia akan memimpin umat-Nya ke Tanah Perjanjian yang terakhir, langit baru dan bumi baru Allah, dan membekalkan makanan rohani untuk memelihara umat-Nya sehingga hari itu!
Cerita yang baru dibaca ini juga memberikan kita contoh Allah yang menjemput orang seperti kita ini untuk menjadi sebahagian daripada rancangan-Nya.
Anak lelaki yang tidak dinamakan ini boleh menyorokkan makanannya. Ia boleh makannya sendiri, tetapi ia akan terlepas mukjizat Allah. Sebaliknya, ia membuka tangannya dan bersikap murah hati, yang membenarkannya untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada dirinya!
Jangan terlepas apa yang sedang dilakukan oleh Allah dalam dunia ini kerana hati dan tangan anda tertutup terhadap Dia dan terhadap orang lain. Jangan menukar mukjizat untuk makanan yang tak berpada, atau menerima jaminan segera tapi terlepas kesan jangka panjang dalam kerajaan Allah.
Sebaliknya, tanyalah diri anda, apakah yang digenggam dalam tangan anda? Apakah bakat, kurnia, keupayaan, dan sumber yang telah diberikan oleh Allah kepada anda? Ia mungkin kelihatan tak berpada, tetapi Allah kita tidak memerlukan hal yang besar untuk melakukan mukjizat — Dia hanya memerlukan lima ketul roti dan dua ekor ikan.
Dengan kata lain, Dia hanya memerlukan apa yang terdapat dalam tangan anda.
Kitab
Perihal Pelan
![Who Is Jesus?](/_next/image?url=https%3A%2F%2Fimageproxy.youversionapi.com%2Fhttps%3A%2F%2Fs3.amazonaws.com%2Fyvplans%2F9242%2F1280x720.jpg&w=3840&q=75)
Yesus merupakan tokoh utama dalam iman Kristian, dan pelan 5 hari ini menyelami siapa Dia itu: pengampun dosa, sahabat orang yang berdosa, cahaya, pekerja mukjizat, Tuhan yang telah bangkit.
More