Segalanya Tenang: Menerima Rehat Yesus Pada Hari Natal Ini Sampel

All Is Calm: Receiving Jesus' Rest This Christmas

HARI 4 DARIPADA 5

Hari Keempat: Mencari Ketenangan-Nya

Pernahkah anda merasa Roh Kudus menggalakkan anda untuk berehat daripada persediaan percutian dan berdiam dalam hadirat Yesus, tetapi menolaknya dan menumpukan perhatian pada tugasan seterusnya dalam senarai anda?

Saya memang pernah berbuat demikian.

Kita kerap mendesak diri terlalu laju seperti menempah maut, bangun awal dan tidur lewat, memanfaatkan sepenuhnya masa kita. Kemudiannya, kita berasa letih kerana kesibukan kita, sehinggakan kita hampir tidak dapat menikmati keindahan musim ini.

Ada kalanya, kesibukan ini cumalah samaran untuk menyembunyikan luka yang lebih dalam. Jika kita membuat diri sibuk, kita tidak perlu mengakui luka yang melumpuhkan yang dialami. Kita takut akan ketenangan, maka kita tidak berhenti, walaupun mengendahkan kesengsaraan keterdesakan mengancam untuk memusnahkan kita.

Namun, jawapannya bukan membuang tradisi kita dan menjadi Grinch. Sebaliknya, kita mesti memasukkan ketenangan ke dalam kesibukan supaya kita boleh bekerja dari tempat yang sempurna dan tenang. Kebenarannya adalah keselamatan Tuhan datang kepada kita apabila kita bertaubat dan berehat, kekuatan-Nya datang apabila kita mendiamkan diri dan mempercayai-Nya.

Pada musim Natal ini, beranikanlah diri untuk bertenang, meskipun untuk dua minit sahaja setiap hari. Bawalah senarai tugasan anda kepada Tuhan dan letakkannya pada kaki-Nya. Nikmatilah keindahan hadirat-Nya semasa anda merenungkan nama-Nya dan membenarkan Dia untuk menyembuhkan luka anda yang dalam.

Nyatakan ketuanan-Nya ke atas kehidupan anda; nyatakan keperluan mendesak anda akan-Nya, dan benarkan diri anda untuk bertenang. Nikmati hadirat-Nya.

Dialah Imanuel—Allah berserta kita. Dia melihat. Dia mengetahui. Dia mendengar. Biarlah Dia menenangkan anda dengan kasih-Nya.

Doa: Tenangkan hati saya dengan kasih-Mu, Tuhan. Ucapkan kesejahteraan-Mu ke atas kehidupan saya sebagaimana Engkau meredakan angin ribut dengan kata-kata-Mu. Sembuhkan dan pulihkan penderitaan dalam hati saya kerana kehilangan orang yang disayangi, menahan tragedi atau trauma, daripada harapan dan impian yang musnah. Engkau, Kebangkitan dan Hidup, berilah nafas baru kepada bahagian jiwa saya yang lali. Cetuskan harapan baru dalam saya untuk masa depan. Ajarlah saya untuk bertenang dan menerima hadirat-Mu yang memberikan hidup. Amin.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

All Is Calm: Receiving Jesus' Rest This Christmas

Ini adalah musim untuk bergirang, tetapi juga amat sibuk. Luangkanlah masa untuk berehat dan untuk penyembahan yang akan memelihara anda sepanjang kerja yang menggembirakan pada musim ini. Berdasarkan buku Unwrapping the Names of Jesus: An Advent Devotional, pelan renungan 5 hari ini akan memimpin anda untuk menerima rehat Yesus pada hari Natal ini dengan mengambil masa untuk mengingati kebaikan-Nya, menyatakan kekurangan anda, mencari ketenangan-Nya, dan mempercayai kesetiaan-Nya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://onethingalone.com/advent