Segalanya Tenang: Menerima Rehat Yesus Pada Hari Natal Ini Sampel

All Is Calm: Receiving Jesus' Rest This Christmas

HARI 1 DARIPADA 5

Hari Pertama: Sebab Kita Memerlukan Rehat pada hari Natal

Sebuah karol Natal yang terkenal bermula dengan "Menghias dewan dengan dahan holi (Deck the halls with boughs of holly)". Demikian jugalah yang kita lakukan.

Sesetengah daripada kita bersiap sedia untuk hari Natal apabila mula ternampak tanda-tanda cuaca sejuk, sementara yang lain menangguhkannya untuk selama yang mungkin.

Walau bagaimanapun, pada suatu ketika kita akan terperangkap dalam kancah aktiviti—sebahagian besarnya menyeronokkan dan meriah tetapi tetap meletihkan, meninggalkan jiwa kita penuh dan juga kosong. Kerapnya, di tengah-tengah keriuhan keriangan cutilah kita tertanya-tanya, "Adakah ini segala-galanya?" Berita baiknya adalah melewati pinggan biskut, senarai beli-belah, dan perhiasan adalah Anak Tuhan yang menjadi manusia demi kita.

Tuhan tahu kita cenderung terlibat dalam aktiviti yang kegila-gilaan. Ini adalah satu sebabnya Dia memasukkan sehari untuk berehat bagi orang Israel setiap enam hari—agar mereka berhenti daripada kerja mereka dan menyedari kebaikan Tuhan mereka, keperluan terdesak mereka akan Dia, dan kurnia ketenangan-Nya.

Dengan mengamalkan rehat, kita mengakui kebolehpercayaan Tuhan: meskipun semasa kita berhenti bekerja, Tuhan terus memelihara dunia kita.

Tahun ini, saya menjemput anda, sebagaimana Tuhan dan Penyelamat kita telah menjemput murid-murid-Nya, untuk menyertai-Nya dan berehat, untuk memperlahankan diri dan menemukan semula ketakjuban dan sukacita musim Natal di tengah-tengah tradisi cuti kegemaran anda.

Namun, bagaimanakah rupanya?

Sepanjang empat hari seterusnya, kita akan mengamalkan penyembahan yang menenangkan menggunakan akronim REST: (remember) mengingati kebaikan-Nya, (express) menyatakan kekurangan anda, (seek) mencari ketenangan-Nya, dan (trust) mempercayai kesetiaan-Nya.

Adakah anda akan menerima jemputan-Nya pada musim Natal ini? Marilah seketika, dan berehat.

Doa: Ya Tuhan, Engkau amat mengenali saya. Engkau tahu betapa saya merindukan masa yang menakjubkan bersama dengan keluarga dan sahabat, tetapi saya mempunyai terlalu banyak komitmen, melampaui batas kemampuan, dan bereaksi berlebihan, dan akhirnya, saya rasa terlalu tertekan dan terluka. Saya tidak mahu terus begitu pada tahun ini. Jadi, saya mendekati-Mu dengan tangan terbuka dan hati yang terbuka. Saya ada di sini. Ajarlah saya untuk meraikan kelahiran Penyelamat kami secara tenang. Sesuaikan hati saya untuk mengagumi keindahan-Mu dan menyanyikan pujian-Mu. Amin.

Inginkan Lebih Lagi? Muat turun berkas Unwrapping the Names of Jesus dan terima jurnal doa Names of Jesus, penanda buku doa Rest, dan Prayer for Christmas Rest yang boleh dicetak.

Hari 2

Perihal Pelan

All Is Calm: Receiving Jesus' Rest This Christmas

Ini adalah musim untuk bergirang, tetapi juga amat sibuk. Luangkanlah masa untuk berehat dan untuk penyembahan yang akan memelihara anda sepanjang kerja yang menggembirakan pada musim ini. Berdasarkan buku Unwrapping the Names of Jesus: An Advent Devotional, pelan renungan 5 hari ini akan memimpin anda untuk menerima rehat Yesus pada hari Natal ini dengan mengambil masa untuk mengingati kebaikan-Nya, menyatakan kekurangan anda, mencari ketenangan-Nya, dan mempercayai kesetiaan-Nya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Moody Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://onethingalone.com/advent