Perumpamaan YesusSampel

The Parables of Jesus

HARI 34 DARIPADA 36

PELADANG YANG JAHAT
Seperti banyak perumpamaan yang lain, perumpamaan ini adalah terutamanya tentang respons kita. Adakah kita akan memberikan respons terhadap tuntutan Allah dalam kehidupan kita? Ataupun, adakah kita akan menolak utusan-Nya dan memilih kehendak kita, agenda kita? Adakah kita hidup secara produktif, bekerja untuk "berbuah" demi Allah kerana rahmat keistimewaan daripada-Nya untuk melayani-Nya? Perumpamaan ini mengingatkan kita tentang keistimewaan hidup dalam hubungan perjanjian dengan Allah, tetapi keistimewaan itu sentiasa melibatkan tanggungjawab.

Memanglah penting untuk melihat cara kita memberikan respons terhadap utusan Allah dalam kehidupan kita. Sementara Allah mungkin bercakap kepada kita melalui malaikat, mimpi, atau penglihatan, sepanjang sejarah, kaedah komunikasi utama-Nya adalah melalui orang. Umat Allah sentiasa menolak nabi-Nya dan memilih pemahaman dan keinginan diri, dan kita cenderung menolak orang di sekeliling kita yang menyatakan kebenaran Allah dalam kehidupan kita atas sebab yang sama. Kawan, keluarga, ahli gereja, dan pemimpin gereja tidak dipanggil untuk menyokong dan menggalakkan apa jua tingkah laku kita sebagai betul. Tidak, jika mereka betul-betul mengasihi Yesus dan mengasihi kita, mereka akan mendatangi dan menegur kita supaya kita boleh menjadi seperti Kristus.

Jadi, bagaimanakah anda memberikan respons apabila Allah cuba mendorong atau membetulkan anda melalui orang lain, melalui Roh Kudus, atau melalui Firman-Nya? Adakah anda bersifat rendah hati dan terbuka, mempertimbangkan kata-kata mereka dengan teliti? Ataupun, adakah anda bersifat degil dan tidak fleksibel, tidak dapat diubah dalam cara anda?
Hari 33Hari 35

Perihal Pelan

The Parables of Jesus

Pelan ini akan menjelaskan perumpamaan Yesus, menerokai maksud beberapa pengajaran utama-Nya kepada anda! Berbilang hari mengejar kemajuan membenarkan pembaca untuk mengikuti pelan dan mempunyai masa untuk merenungkannya serta didorong oleh kasih dan kuasa Yesus!

More

We would like to thank Trinity New Life Church for this plan. For more information, please visit: http://www.trinitynewlife.com/