Perumpamaan YesusSampel

The Parables of Jesus

HARI 33 DARIPADA 36

WANG EMAS
Persoalannya bukanlah berapa banyak yang anda miliki, tetapi apa yang anda lakukan dengan apa yang dimiliki! Dalam perumpamaan ini, hamba tersebut tidak bertanggungjawab terhadap jumlah wang emas yang diberikan pada mulanya; mereka bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan dengan wang emas itu.

Apakah bakat, kurnia, minat, pintu terbuka, dsb., yang telah Allah berikan kepada anda? Apakah yang anda lakukan dengannya? Adakah anda menunggu lebih banyak pintu untuk dibuka lagi, lebih banyak wang, lebih ramai orang, lebih banyak keperluan sebelum melakukan apa-apa dengannya? Adakah anda berasa takut tentang apa yang mungkin berlaku jika anda gagal dan hasilnya tidak sempurna?

Allah ialah bapa yang baik; Dia tidak marah apabila anak-Nya mara secara beriman untuk menggunakan kurnia dan bakat yang telah diberikan-Nya untuk tujuan Kerajaan. Teguran-Nya datang apabila kita menunggu, sama ada kerana ketakutan atau keinginan untuk lebih banyak lagi, dan akhirnya tidak melakukan apa-apa! Janganlah biarkan wang emas yang telah diberikan oleh Allah itu terbuang pada hari ini--bangkitlah dan gunakannya untuk Kerajaan Allah!
Hari 32Hari 34

Perihal Pelan

The Parables of Jesus

Pelan ini akan menjelaskan perumpamaan Yesus, menerokai maksud beberapa pengajaran utama-Nya kepada anda! Berbilang hari mengejar kemajuan membenarkan pembaca untuk mengikuti pelan dan mempunyai masa untuk merenungkannya serta didorong oleh kasih dan kuasa Yesus!

More

We would like to thank Trinity New Life Church for this plan. For more information, please visit: http://www.trinitynewlife.com/