Segala Sesuatu yang BaruSampel

All Things New

HARI 3 DARIPADA 5

Apabila Paulus bercakap tentang mendapat bahagian berlimpah-limpah dalam kesengsaraan Kristus, dia mungkin memaksudkan beberapa idea yang berkaitan: 1. Penderitaan kerana Kristus. 2. Penderitaan dipersiapkan bagi kita oleh Kristus. 3. Penderitaan yang dikaitkan dengan Kristus. 4. Penderitaan seperti yang ditanggung oleh Kristus.[1] Perkara penting yang saya rasa kita perlu tahu adalah sebagai orang percaya, kita akan mengalami penderitaan tertentu yang jelas kerana hubungan kita dengan Kristus. Banyak orang Kristian mengalami penganiayaan yang teruk di seluruh dunia sementara yang lain kurang teruk, namun tetap menyeksakan, kerana iman mereka. Paulus sedar bahawa persekutuan tertentu berlaku dengan Yesus pada waktu penderitaan kerana tiada orang yang lebih memahami penderitaan daripada Dia.

Saya tidak pernah menemui orang yang menikmati penderitaan, tetapi saya telah menemui banyak orang yang menemukan keintiman dengan Yesus di tengah-tengah penderitaan mereka. Terdapat bahagian Yesus yang tertentu yang tidak mungkin dikenali di jalan yang senang, dan setelah anda merasakan kerapatan dengan-Nya, anda tidak akan menukarnya dengan jalan yang lancar. Di samping mengalami persekutuan yang istimewa dengan Yesus (Flp 3:10), Paulus menyatakan satu sebab lain mengapa penderitaan membawa berkat. 

Penderitaan yang dialami oleh Kristus, kami alami juga. Melalui Kristus juga, kami ditolong oleh Allah (2 Kor 1:5). Ini adalah menakjubkan! 

Salah satu pengisytiharan yang terindah dalam seluruh Alkitab ditemui dalam ayat 4, "Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan" (BM). Apabila kita merentasi kesukaran, sering kalinya susah untuk melihat melewati penderitaan kita. Walau bagaimanapun, kita menemukan tujuan yang besar dalam penderitaan kita apabila kita menyedari bahawa pengalaman kita akan bertindak sebagai penghiburan yang unik kepada orang lain yang mengalami percubaan yang serupa.

Penderitaan Kristus dan penghiburan-Nya wujud seiring dalam kehidupan kita. Sebagai orang Kristian, kita tidak perlu menderita tanpa penghiburan Kristus, dan saya percaya terdapat penghiburan tertentu yang tidak mungkin dialami tanpa penderitaan-Nya. Jika anda sedang berjalan melalui percubaan, barangkali percubaan yang tidak tertahan dan melebihi ketahanan anda, terimalah penghiburan Allah yang mengalir terus melalui peribadi Yesus ke dalam kehidupan anda. Dia menjanjikan-Nya sesuai dengan penderitaan anda. Apabila anda mengalami penghiburan Allah, anda akan berasa ingin sangat untuk membalut luka orang lain yang mengalami penderitaan yang serupa kerana penghiburan Allah bersifat melimpah-ruah. Anda akan memiliki lebih daripada mencukupi untuk dikongsikan. 

  
[1] David E. Garland, The New American Commentary, Volume 29, 2 Corinthians (Nashville: Broadman & Holman Publishers, 1999) diakses pada Ogos 7, 2017 di mywsb.com.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

All Things New

Dalam perjalanan menyelidiki kitab 2 Korintus ini, Segala Sesuatu yang Baru meneliti teologi iman Paulus yang penuh bahaya dan cabaran di dunia ini dan panggilan Allah agar kita menjadi berani. Kelly Minter membantu kita memahami bagaimana perjalanan Kristian kelihatan bercanggahan dengan kecenderungan semula jadi kita, tetapi terbukti jauh lebih baik dan abadi. Dalam pelan bacaan lima hari ini, anda akan meneliti isu-isu seperti: bagaimana bertindak terhadap hubungan yang sukar, mengamanahkan Allah dengan reputasi anda, mengasaskan identiti anda pada Kristus, memahami tujuan penderitaan dan peruntukan Allah dalam penderitaan, dan bagaimana kita harus menjadi cahaya injil bagi dunia.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada LifeWay Women kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.lifeway.com/allthingsnew