Segala Sesuatu yang BaruSampel

All Things New

HARI 1 DARIPADA 5

Kehidupan Kristian memanglah satu paradoks. Perkara yang dipelihara oleh Yesus bertentangan dengan pautan semula jadi kita. 

2 Korintus merupakan surat yang dipenuhi hal yang bertentangan. Ia adalah surat tentang iman yang penuh bahaya dan cabaran yang menempatkan segala harapan kita pada Allah, walaupun mempercayai kekuatan diri dan kebanggaan kelihatan lebih selamat dan lebih biasa. Ia adalah tentang kedamaian yang berkekalan di dasar lautan jiwa kita yang terhasil apabila dosa kita tidak lagi diperhitungkan kerana Allah telah mengutus anak-Nya Yesus ke dunia, yang memikul dosa kita. Paulus menyebut ini sebagai perdamaian. 

Apabila Paulus tiba pada awal 50-an TM, Korintus berada di puncak perkembangannya. Sebuah epipusat perdagangan Yunani selatan, Korintus berkembang maju, kaya, dan penuh dengan campuran budaya Roma dan Yunani. Namun, setahu kita: dapat mengecapi segala sesuatu yang mungkin diinginkan tidak semestinya bermaksud ia adalah apa yang kita rasa kita inginkan. 

Kekayaan budaya Korintus mempunyai kelemahannya, demikian juga kota kita pada zaman ini. Pelacuran, perhambaan, dan pelbagai sumbaleweng seks bergabung dalam wilayahnya. Allah palsu terdapat di merata-rata tempat. 

Saya mendapati surat ini amat mendorong kerana jika gereja berjaya di Korintus, ia boleh berjaya di tempat tinggal anda dan saya. Saya mengaku ada kalanya saya fikir keadaan dunia kita terlalu teruk kerana penganiayaan, rasisme, dan kerosakan moral. Walau bagaimanapun, jika injil Yesus mengubah pelacur, orang kaya yang menindas, pagan, dan pemimpin rumah ibadat Korintus, maka berita baik Yesus Kristus juga boleh mengubah orang di kota kita hari ini. Walaupun kadang-kadang saya macam hendak fikir bahawa umat Allah hanya terdapat dalam latar agama, Allah mempunyai umat-Nya di Korintus. Sebagaimana Dia mempunyai anda dan saya dalam latar budaya kita. 2 Korintus mengingatkan kita bahawa jemaat Allah bersinar dengan paling terang dalam kegelapan dan bukannya di tempat kudus yang sudah diterangi.

Semasa anda menyelidiki 2 Korintus, perhatikan hal yang bertentangan. Perhatikan bagaimana Paulus mengasihi orang Korintus tanpa syarat. Apabila anda mempertimbangkan perbezaan yang ketara, jangan lupa bahawa anda telah diberikan kuasa untuk hidup secara indah dan dipilih terang-terangan kerana—sejak kematian dan kebangkitan Yesus—yang lama sudah lenyap dan yang baru bermula. Kalau betul ingatan saya, lama dan baru jugalah bertentangan. 

Hari 2

Perihal Pelan

All Things New

Dalam perjalanan menyelidiki kitab 2 Korintus ini, Segala Sesuatu yang Baru meneliti teologi iman Paulus yang penuh bahaya dan cabaran di dunia ini dan panggilan Allah agar kita menjadi berani. Kelly Minter membantu kita memahami bagaimana perjalanan Kristian kelihatan bercanggahan dengan kecenderungan semula jadi kita, tetapi terbukti jauh lebih baik dan abadi. Dalam pelan bacaan lima hari ini, anda akan meneliti isu-isu seperti: bagaimana bertindak terhadap hubungan yang sukar, mengamanahkan Allah dengan reputasi anda, mengasaskan identiti anda pada Kristus, memahami tujuan penderitaan dan peruntukan Allah dalam penderitaan, dan bagaimana kita harus menjadi cahaya injil bagi dunia.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada LifeWay Women kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.lifeway.com/allthingsnew