Menghapuskan Batu Kripton Bersama John BevereSampel
Bagaimanakah Yahweh tiruan berkembang di Israel, dan bagaimanakah Yesus tiruan berkembang dalam gereja hari ini? Kedua-duanya adalah hasil daripada hati yang sudah keras kerana ketidakhadiran pertaubatan yang benar.
Sekarang ini, jangan rasa gelisah. Saya tahu pertaubatan telah dikhabarkan dalam cara yang menghasilkan ikatan, tetapi itu bukan pertaubatan alkitabiah. Kebenarannya adalah kita memerlukan pertaubatan, kerana tanpanya kita tidak mungkin mengalami kehidupan yang disediakan oleh Allah bagi kita.
Jika kita melihat apa yang dikatakan dalam Alkitab, kita mendapati hampir setiap suara Perjanjian Baru dengan jelas dan khusus menyatakan bahawa pertaubatan adalah bahagian yang perlu bagi kehidupan kita dalam Kristus. Senarai orang yang berkata demikian secara langsung termasuk Petrus, Paulus, Yohanes, Yakobus, murid yang lain, Yesus sendiri, dan juga Allah Bapa. Ia merupakan satu kebenaran yang besar dan memang jelas.
Maksudnya adalah tiada kepercayaan yang benar dalam Yesus Kristus tanpa pertaubatan daripada dosa yang diketahui. Apakah itu dosa? Dosa adalah sesuatu yang bertentangan dengan hal yang terbaik daripada Allah untuk kita.
Ini bermaksud kita tidak boleh berpaling kepada Kristus jika kita enggan meninggalkan hal seperti perbuatan cabul, gosip, dan ketidakmaafan.
Bagaimanakah anda boleh berkata anda ialah orang Kristian dan dengan rela berpaut pada hal tersebut? Sebenarnya, terdapat lebih daripada 500 perintah berkenaan kelakuan dalam Perjanjian Baru. Allah memberikan kita perintah ini kerana Dia tidak mungkin tahan dengan perkara yang boleh memusnahkan anda—Dia amat mengasihi anda.
Walau bagaimanapun, jika kita berpaut pada dosa yang dibayar oleh Kristus semasa kematian-Nya, kita mencipta satu Yesus tiruan, dan iman kita hanyalah suatu bayangan.
Pertaubatan alkitabiah adalah tindakan rendah hati yang terbesar, membuka kehidupan kita kepada ketakjuban kasih karunia Allah. Sebenarnya, Allah berjanji untuk memberikan kita kasih karunia apabila kita merendahkan diri (Yakobus 4, 1 Petrus 5). Itulah sebabnya mengapa pertaubatan adalah amat penting . . . kita tidak harus berasa malu tentangnya. Orang yang mencari dan orang yang mengaku ialah orang percaya mesti mengetahui ini. Ia adalah penting terhadap iman dan keselamatan kita!
Pertaubatan bermaksud mengubah fikiran kita dengan mendalam sehinggakan ia mengubah personaliti kita dari lubuk hati. Apabila kita berpaling kepada Kristus, Dia membaharui kita, memberikan kita kasih karunia untuk hidup seperti Dia.
Inilah pertaubatan alkitabiah—ia adalah proses dicipta semula dalam Kristus, mencerminkan sifat dan kebaikan Allah kepada dunia kita. Adakah terdapat jemputan yang lebih baik daripada ini?
Perihal Pelan
Seperti Superman, yang boleh mengalahkan setiap musuh, anda sebagai orang Kristian juga memiliki keupayaan luar biasa untuk menguasai cabaran yang dihadapi. Walau bagaimanapun, masalahnya untuk Superman dan anda adalah terdapatnya batu kripton yang mencuri kekuatan anda. Pelan ini akan membantu anda menyingkirkan batu kripton rohani daripada kehidupan anda, supaya anda dapat memenuhi potensi anda yang telah diberikan oleh Allah dan mendakap hidup tanpa batasan.
More