Menghapuskan Batu Kripton Bersama John BevereSampel

Killing Kryptonite With John Bevere

HARI 3 DARIPADA 7

Anda ingat Angela daripada renungan semalam? Kita mendapati bahawa kecurangannya adalah sama dengan cara Alkitab menggambarkan penyembahan berhala. Walau bagaimanapun, adakah ini betul-betul suatu isu dalam gereja hari ini? Malangnya, ia memang satu isu yang besar. 

Jika anda melihat Angela, punca kecurangannya adalah keinginannya. Perkataan lain untuk keinginan ini ialah keserakahan. 

Keserakahan bukanlah sesuatu yang kita bincangkan dewasa ini, jadi biarlah saya memberikan definisinya. Berdasarkan kamus Merriam-Webster, keserakahan adalah, "Keinginan yang kuat untuk memperoleh sesuatu yang dikatakan baik." Sekarang ini, saya akan memberikan anda satu perspektif lain tentang keserakahan daripada Kolose 3:5 (TL), di mana Paulus berkata, "Karena itu matikanlah dalam dirimu segala sesuatu yang duniawi, yaitu percabulan, kenajisan, hawa nafsu, nafsu jahat dan juga keserakahan, yang sama dengan penyembahan berhala." 

Adakah anda melihat itu? Paulus berkata keserakahan sama dengan penyembahan berhala! Kita mungkin fikir penyembahan berhala merujuk kepada patung dan benda seperti itu, tetapi punca di sebaliknya adalah keinginan yang jahat. 

Allah telah memberikan kita kunci untuk mengatasi keserakahan, iaitu kepuasan. Kepuasan menjauhkan kita daripada penyembahan berhala dan mendekati hati Allah, sementara keserakahan menjauhkan kita daripada Allah dan membawa kita ke mazbah berhala. 

Inilah sebabnya mengapa penulis kitab Ibrani menulis, "Janganlah hidup kamu dikuasai oleh cinta akan wang. Hendaklah kamu puas hati dengan apa yang kamu miliki. Allah sudah berfirman, 'Aku tidak akan membiarkan kamu; Aku tidak akan meninggalkan kamu.' Oleh itu, dengan penuh keyakinan kita berkata, 'Tuhan Penolongku, aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan orang terhadap aku?'" (Ibrani 13:5-6). 

Anda boleh melihat daripada petikan ini bagaimana keserakahan jelasnya sama dengan perzinaan. Angela mengingini lelaki lain, tidak membenarkan Justin untuk memenuhi keperluannya. Di sini kita diberitahu untuk berpuas hati dengan Allah, mengetahui bahawa Dia akan memenuhi semua keperluan kita. Jika kita berpaling kepada sumber lain selain Allah dan cara hidup yang ditetapkan oleh-Nya, itu adalah penyembahan berhala! 

Inilah maksudnya: Apabila seseorang yang percaya menyedari kehendak Allah, tetapi sengaja memilih keinginan sendiri, itu adalah penyembahan berhala. Mereka telah memilih untuk menyembah keinginan mereka dan bukannya Allah. 

Apabila anda melihat matlamat, keutamaan, dan tabiat anda, apakah yang lebih kuat dalam kehidupan anda—keserakahan atau kepuasan? Bagaimanakah anda boleh mengejar kehidupan dengan kepuasan yang lebih besar? 

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Killing Kryptonite With John Bevere

Seperti Superman, yang boleh mengalahkan setiap musuh, anda sebagai orang Kristian juga memiliki keupayaan luar biasa untuk menguasai cabaran yang dihadapi. Walau bagaimanapun, masalahnya untuk Superman dan anda adalah terdapatnya batu kripton yang mencuri kekuatan anda. Pelan ini akan membantu anda menyingkirkan batu kripton rohani daripada kehidupan anda, supaya anda dapat memenuhi potensi anda yang telah diberikan oleh Allah dan mendakap hidup tanpa batasan. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John & Lisa Bevere (Messenger Int'l) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://killingkryptonite.com