Menghapuskan Batu Kripton Bersama John BevereSampel
Pada suatu malam, Justin pulang dari kerja dan mendapati isterinya, Angela, sudah bersolek dan mengenakan pakaian yang cantik. Dia rasa isterinya pasti telah merancang sesuatu yang istimewa untuk waktu bersama mereka dan dia bercadang untuk bersiap sedia juga.
Angela, kelihatan agak keliru, membalas, "Oh sayang, saya akan keluar bersama Tony malam ini. Kami akan makan malam, tonton wayang, dan bermalam di Hotel Fairmont. Saya akan balik pada pertengahan pagi esok."
"Siapa itu Tony?!" Justin menempelak.
"Tony ialah teman lelaki saya pada zaman sekolah menengah," jawab isterinya.
"Apa! Kamu tidak boleh keluar dengannya!"
"Mengapa tidak?"
"Kerana kami sudah berkahwin; kami komited kepada satu sama lain. Kami tidak berpacaran dengan orang lain!" balas Justin, menyatakan sesuatu yang dirasakannya adalah sesuatu yang jelas.
"Tunggu, sayang!" balas Angela. "Kamu kegemaran saya. Saya mencintai kamu lebih daripada semua bekas teman lelaki saya, tetapi kamu tidak mungkin menjangka saya akan berhenti berjumpa dengan mereka. Saya sudah rapat dengan beberapa orang daripada mereka selama beberapa tahun, saya masih mencintai mereka, dan saya mahu berseronok dengan mereka. Apa salahnya?"
Jelas sekali, ini bukan pasangan yang sebenar. Kita tidak dapat membayangkan ada orang yang tidak memahami bahawa perkahwinan adalah suatu hubungan eksklusif. Sudah tentu, tiada antara kita yang akan mengahwini seseorang seperti Angela yang menyangka boleh terus berpacaran dengan bekas lelakinya.
Namun, demikianlah caranya banyak antara kita melayani hubungan kita dengan Yesus.
Sepanjang Alkitab, Allah berbicara tentang hubungan-Nya dengan Israel dalam Perjanjian Lama. Menariknya, setiap kali Allah berbicara kepada Israel melalui nabi-nabi tentang cara mereka telah mencurangi-Nya, ia berhubung kait dengan isu penyembahan berhala.
Kita mungkin fikir penyembahan berhala adalah perbuatan menyembah patung, tetapi pokoknya adalah penyembahan. Allah mendefinisikan penyembahan buat pertama kalinya dalam Alkitab, dalam cerita Abraham dan Ishak. Di sini, kita melihat bahawa penyembahan memaksudkan ketaatan.
Penyembahan bukanlah sesejenis lagu indah yang perlahan; ia adalah ketaatan. Macam mana pun kita "berkelakuan" di gereja, jika kita tidak mentaati Allah dalam kehidupan seharian kita, kita tidak menyembah-Nya dan, sebenarnya, hidup curang seperti Angela.
Bagaimanakah pemahaman tentang penyembahan ini mengubah cara anda fikir tentang kehidupan Kristian?
Perihal Pelan
Seperti Superman, yang boleh mengalahkan setiap musuh, anda sebagai orang Kristian juga memiliki keupayaan luar biasa untuk menguasai cabaran yang dihadapi. Walau bagaimanapun, masalahnya untuk Superman dan anda adalah terdapatnya batu kripton yang mencuri kekuatan anda. Pelan ini akan membantu anda menyingkirkan batu kripton rohani daripada kehidupan anda, supaya anda dapat memenuhi potensi anda yang telah diberikan oleh Allah dan mendakap hidup tanpa batasan.
More