Bangkitlah dan BersinarlahSampel
Dibebaskan
Ketagihan, trauma, ketidakyakinan, dan kegagalan. Berhubung dengan keinginan kita untuk menjadi cahaya yang bersinar untuk Kristus, memanglah mudah untuk rasa tidak layak apabila kita mempunyai rahsia gelap yang mendalam yang membatasi hati dan fikiran kita, sentiasa mengingatkan kita tentang dosa tersembunyi kita.
Kita cuba memasukkan perkara gelap ini ke dalam kotak yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kita takut jika perkara tersebut didedahkan, hidup kita akan bertambah teruk. Kita risau tentang pendapat orang lain jika mereka "tahu". Ini disebabkan Musuh mahu kita terus terperangkap dan dibelenggu oleh dosa kita. Dia mahu kita percaya bahawa pendapat orang lain adalah lebih penting daripada apa yang Allah katakan kepada kita.
Walau bagaimanapun, tahukah anda apa yang membatalkan kelayakan anda untuk menyinarkan cahaya Kristus? Tiada apa-apa! Walau betapa gelap pun anda rasa dosa anda itu ataupun betapa remuknya anda, kasih Yesus untuk anda adalah begitu luas dan begitu dalam sehinggakan di tengah-tengah keremukan anda pun, Dia ingin menggunakan anda untuk menyinarkan cahaya-Nya pada orang lain.
Dedahkan apa yang anda sembunyikan itu, dan benarkan Tuhan untuk membebaskan anda. Disebabkan walau apa pun yang membebani anda dengan rasa malu, anda tidak dimaksudkan untuk memikulnya sendirian.
Allah telah memilih anda, mengetahui tentang dosa anda. Dia telah memilih anda, mengetahui tentang keremukan anda. Dia telah memilih anda, mengetahui segala sesuatu tentang anda. Tiada apa-apa, betul-betul tiada apa-apa boleh merampas kenyataan bahawa Allah mengasihi anda dan memanggil anda untuk menjadi cahaya bagi-Nya.
Allah berjanji untuk memberikan kita "perhiasan kepala sebagai ganti abu" (Yesaya 61:3). Masa silam anda tidak membatalkan kelayakan anda untuk digunakan oleh Dia. Dengan Dia, dan melalui Dia, anda adalah lebih daripada berupaya untuk menyinarkan cahaya-Nya.
Tuhan, terima kasih kerana kasih kurnia-Mu yang kekal. Saya memohon agar bohong musuh dijauhkan daripada saya, dalam nama Yesus. Saya memohon pengampunan kerana cara saya telah berdosa. Saya memuji-Mu kerana Engkaulah penebus saya. Terima kasih kerana Engkau mengampunkan saya, melihat saya yang seadanya, dan mengasihi saya. Tolonglah saya untuk menjadi cahaya untuk-Mu. Jajarkan hati saya dengan kehendak-Mu. Tanamkan keinginan dalam diri saya untuk menjadi gambaran yang terbaik tentang-Mu. Hapuskan apa-apa dalam hidup saya yang menghalang saya daripada menjadi wakil-Mu. Amin.
Perihal Pelan
Kita sering berkata, "Serahkan beban kamu kepada Allah." Pernahkah anda tertanya-tanya: Bagaimanakah saya melakukan itu? Keremukan dunia rasa terlalu berat. Meskipun anda ingin sangat untuk menyinarkan cahaya Yesus, anda tertanya-tanya rupanya berbuat demikian sementara anda sendiri bergelut untuk melihat cahaya itu. Renungan ini meneliti bagaimana kita boleh menjadi cahaya untuk Yesus walaupun dunia kita kelihatan gelap.
More