Bangkitlah dan BersinarlahSampel

Arise and Shine

HARI 3 DARIPADA 5

Mendekati Allah

Doa ialah satu cara lain untuk mendekati Allah sementara kita menjadi cahaya yang terang bagi-Nya. Alkitab mengatakan, "Kita berani menghadap Allah, kerana kita yakin bahawa Dia mengabulkan doa kita, jika kita memohon apa sahaja yang sesuai dengan kehendak-Nya. Kita tahu bahawa Dia mendengarkan kita bila-bila masa kita memohon kepada-Nya. Oleh itu kita pun tahu bahawa Dia memberi kita apa yang kita minta daripada-Nya” (1 Yohanes 5:14-15). Kita boleh membawa semua luka, kerisauan, dan keinginan kita dan menempatkannya di kaki Allah.

Berdoa berdasarkan kitab Mazmur merupakan cara yang baik untuk berkomunikasi dengan Allah semasa kita bergelut untuk memproses fikiran kepada kata-kata. Sebahagian besar mazmur, seperti Mazmur 139, ialah doa yang ditulis oleh orang lain. Saya mendapati bermakna untuk mengucapkan pengisytiharan dan permintaan yang sama seperti yang diucapkan oleh Raja Daud kepada Allah. Memandangkan Mazmur ialah sebahagian daripada Firman Allah, kata-kata itu adalah berkuasa semasa kita memilih untuk mendoakannya—atau mana-mana ayat Alkitab—ke atas hidup kita. Seperti yang dibincangkan semalam, Alkitab adalah hidup, berkuasa, dan sejajar dengan hati Tuhan.

Semasa kita mendekati Allah, kita belajar untuk lebih bergantung pada-Nya. Cerita Musa dalam Alkitab mengingatkan kita tentang ini. Dalam Keluaran 3:1-12, Allah menampakkan diri kepada Musa daripada belukar yang bernyala-nyala. (Perhatikan bahawa Allah muncul kepada Musa dalam bentuk cahaya!) Kemudian, Dia memanggil Musa untuk membawa umat-Nya keluar dari Mesir—suatu tugas yang sangat besar. Respons Musa ialah bertanya, "Siapakah aku ini?" Anda mungkin memberikan respons yang sama terhadap panggilan hidup anda: Tapi, Tuhan, siapakah saya ini?

Respons Allah kepada Musa ialah: “Aku akan menyertai engkau.” Kawan, dalam segala sesuatu yang anda lakukan, Tuhan menyertai anda. Anda mungkin meragui panggilan anda. Anda mungkin rasa tidak layak untuk pergi dan menjadi cahaya Kristus. Anda mungkin tidak ingin melakukannya. Namun, Tuhan akan menyertai anda. Itu ialah janji Allah. Anda tidak dipanggil untuk melakukan mana-mana kerja kudus ini sendirian, tetapi bersama-sama dengan Bapa. Semasa anda mendekati Tuhan, cahaya-Nya bersinar daripada anda.

Tuhan, saya menghadap-Mu hari ini dengan hati yang ingin sangat mendekati-Mu. Saya tidak dapat melakukan ini sendirian. Saya perlukan kekuatan-Mu dan kasih kurnia-Mu. Lindungi saya, pimpinlah saya, dan ajarlah saya tentang-Mu. Amin.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Arise and Shine

Kita sering berkata, "Serahkan beban kamu kepada Allah." Pernahkah anda tertanya-tanya: Bagaimanakah saya melakukan itu? Keremukan dunia rasa terlalu berat. Meskipun anda ingin sangat untuk menyinarkan cahaya Yesus, anda tertanya-tanya rupanya berbuat demikian sementara anda sendiri bergelut untuk melihat cahaya itu. Renungan ini meneliti bagaimana kita boleh menjadi cahaya untuk Yesus walaupun dunia kita kelihatan gelap.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/726918/arise-and-shine-by-allyson-golden