Bangkitlah dan BersinarlahSampel

Arise and Shine

HARI 2 DARIPADA 5

Sukacita Firman Allah

Kita mungkin berfikir bahawa "menyinarkan cahaya" bermaksud membawa harapan kepada orang atau bersukacita dalam detik yang menggembirakan. Sementara saya percaya perkara tersebut, saya mendapati cahaya bersinar dengan terang sekali dalam situasi yang sukar. Sebagaimana cahaya matahari menembusi tingkap kaca berwarna, Yesus menembusi kegelapan kita, keremukan kita dan bersinar untuk menerangi seluruh dunia.

Apabila kita bergantung pada Allah semasa waktu yang gelap, kita akan dikuatkan dan dilengkapkan untuk menyinarkan cahaya-Nya. Satu cara kita boleh mendekati Cahaya dunia ialah membaca Firman Allah.

Anda mungkin berfikir: Alkitab itu membosankan, saya tidak memahaminya, dan saya tiada masa untuknya. Walau bagaimanapun, saya ingin menanya anda: Betul-betul, apakah dalam hidup anda yang lebih diutamakan daripada membaca Firman Allah yang "hidup dan berkuasa" (Ibrani 4:12)? Saya rasa ini tidak dapat dikatakan cukup banyak kali: Firman Allah mengubah segala-galanya.

Membaca Alkitab tidak seharusnya rasa seperti kerja yang membosankan. Dalam Alkitab kita menerima Firman Allah yang berkuasa, dan itu merupakan salah satu cara Allah bercakap dengan kita. Maka, mengapakah kita tidak mahu selalu berkomunikasi dengan Allah, membenarkan-Nya untuk membina kita dan menghalusi kita? Satu jawapan: Iblis. Perkara terakhir yang musuh mahu kita utamakan dalam hidup kita ialah Firman Allah. Oleh itu, musuh kita "merayau-rayau seperti singa yang mengaum” (1 Petrus 5:8), mencuba sedaya upaya untuk mengganggu kita, berbohong kepada kita, dan membuat kita rasa okey untuk tidak mengutamakan Alkitab.

Seperti yang kita ketahui, telefon kita boleh menjadi gangguan yang terbesar dalam hidup kita! Namun, satu cara anda boleh menggunakan telefon anda bagi tujuan yang baik ialah menetapkan peringatan yang berulang seperti, "Sudahkah kamu membaca perkara yang paling penting dalam dunia pada hari ini?”

Membaca Alkitab kita ialah 100 peratus kehendak Allah bagi hidup kita, jadi jika kita meminta Dia untuk menguatkan kita untuk membacanya setiap hari, kita bolehlah yakin bahawa Dia mendengar kita.

Tuhan, saya mahu membaca Firman-Mu itu sesuatu yang mengujakan, sesuatu yang mendekatkan saya kepada-Mu setiap hari. Terima kasih kerana Engkau bercakap kepada kami melalui Alkitab. Tolonglah saya untuk lebih mengenali-Mu. Amin.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Arise and Shine

Kita sering berkata, "Serahkan beban kamu kepada Allah." Pernahkah anda tertanya-tanya: Bagaimanakah saya melakukan itu? Keremukan dunia rasa terlalu berat. Meskipun anda ingin sangat untuk menyinarkan cahaya Yesus, anda tertanya-tanya rupanya berbuat demikian sementara anda sendiri bergelut untuk melihat cahaya itu. Renungan ini meneliti bagaimana kita boleh menjadi cahaya untuk Yesus walaupun dunia kita kelihatan gelap.

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/726918/arise-and-shine-by-allyson-golden