Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang KrismasSampel
Dengarkanlah Lonceng Natal
Lihatlah, Aku telah mencipta segalanya baru. Wahyu 21:5
Pada tahun 1861, isteri Henry Wadsworth Longfellow telah meninggal dunia secara tragik dalam suatu kebakaran. Pada Krismas pertama tanpa isterinya, dia menulis dalam diarinya, “betapa menyedihkan masa cuti ini.” Keadaan tidak bertambah baik pada tahun berikutnya, dia menulis, “Anak-anak mengucapkan ‘Selamat hari Krismas,’ tetapi ini tiada lagi makna bagiku.”
Kemudian tercetusnya Perang Saudara, anak lelaki Longfellow yang menyertai tentera mengalami cedera yang teruk. Ketika lonceng gereja berbunyi menandakan ketibaan Krismas yang masih menyakiti hatinya, Longfellow mengambil pen dan menuliskan puisinya, “Dengarkanlah Lonceng Natal” (NP 52).
Puisi itu bermula dengan nada yang menyenangkan, namun berubah menjadi suram. Gambaran yang muram dalam rangkap keempat terasa tidak sesuai sebagai lagu Krismas. Longfellow menulis: “Mungkin hati jadi cemas, oleh bantahan yang keras.” Kehancuran hatinya memuncak dan dia hampir berputus asa, “Di manakah sesungguhnya: Damai sejaht’ra di bumi?” tulisnya.
Namun, di tengah-tengah Krismas yang sangat suram itu, Longfellow mendengar suara pengharapan yang tidak dapat didiamkan. Dia pun menuliskan stanza yang ketujuh ini: Lebih jelaslah bunyinya: Allah hidup berkuasa, Kejahatan digagalkan: "Damai sejaht'ra di bumi." Irama lagu yang indah, tetap tak putus-putusnya; Hingga tiba hari mulia: "Damai sejaht'ra di bumi."
Perang masih berterusan, tetapi semua itu tidak dapat menghentikan Krismas. Mesias telah lahir! Dia berjanji, “Aku telah mencipta segalanya baru!” (Wahyu 21:5). Perubahan akan berlaku. —TIM GUSTAFSON
Bilakah anda pernah berasa putus asa? Bagaimanakah janji dalam Wahyu 21 memberi anda harapan?
Ya Tuhan, kami merindukan hari ketika Engkau akan menjadikan segalanya baru.
Kami juga menyediakan satu lagi bacaan istimewa untuk anda sempena Krismas ini. Mari merenung makna Krismas yang menakjubkan dari sudut pandangan Yusuf dan Maria: https://pedomanharian.org/ds/maria-yusuf/
Kitab
Perihal Pelan
Adakah anda ingin menyambut Krimas dengan sesuatu yang istimewa? Bacalah renungan istimewa Krismas daripada Our Daily Bread selama 5 hari berturut-turut yang bertajuk Malam Kudus. Semoga renungan ini membantu kita menyediakan hati untuk mengalami makna sebenar Krismas, yang jauh lebih hebat daripada sekadar acara megah pada malam yang kudus.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Our Daily Bread Asia Pacific kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://pedomanharian.org/