Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang KrismasSampel

Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang Krismas

HARI 4 DARIPADA 5

Memasang Khemah-Nya

Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita. Yohanes 1:14

Ketika adik saya tidak berapa sihat untuk pergi berkhemah, ayah saya tetap memberikan pengalaman berkhemah kepadanya. Mereka memasang khemah di belakang rumah, di bawah bintang-bintang, dan bersama-sama tidur di atas tanah yang tidak rata. Ini mengingatkan saya tentang para gembala yang menjaga kawanan domba mereka pada waktu malam, menikmati suara alam dan bangun bersama fajar.

Yohanes, dalam pembukaan Injilnya menerangkan bagaimana Yesus datang ke dunia dan memasang khemah-Nya bersama-sama kita: “Firman itu menjadi manusia dan hidup dalam kalangan kita” (Yohanes 1:14). Kata Yunani bagi “hidup dalam kalangan,” bermaksud “memasang khemah,” dan ini sama dengan perkataan yang digunakan di bahagian lain dalam Perjanjian Baru bagi khemah—khemah suci—tempat tinggal Tuhan bersama-sama bangsa Israel dalam Perjanjian Lama (Kisah Para Rasul 7:44). Sebagaimana Tuhan berkhemah bersama-sama orang Israel, demikian juga Yesus memasang khemah-Nya untuk bersama-sama umat-Nya.

Ketika anda ada sedikit masa, bacalah perlahan-lahan ayat-ayat pembukaan Injil Yohanes. Kemudian menghayati kebenaran yang menakjubkan ini—Firman itu menjadi manusia, Yesus yang datang ke dunia untuk hidup dalam kalangan kita—meresap ke dalam diri kita. Seperti yang dikatakan dalam lagu, “Hai Malaikat dari Sorga” (KJ 97): “Allah beserta manusia; mari menyaksikannya.” Dia yang bersama-sama dengan Allah sebelum dunia dicipta telah datang untuk menjadi terang yang bersinar dalam kegelapan. —AMY BOUCHER PYE

Apakah maknanya bagi anda, bahawa Yesus “memasang khemah-Nya” di bumi? Bagaimanakah anda dapat berkongsi terang-Nya pada hari ini?

Ya Yesus, Engkau datang daripada Bapa dan Engkau membawa kami kepada Bapa. Terima kasih kerana memasang khemah-Mu dalam kalangan kami, dengan membawa rahmat dan kebenaran.

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang Krismas

Adakah anda ingin menyambut Krimas dengan sesuatu yang istimewa? Bacalah renungan istimewa Krismas daripada Our Daily Bread selama 5 hari berturut-turut yang bertajuk Malam Kudus. Semoga renungan ini membantu kita menyediakan hati untuk mengalami makna sebenar Krismas, yang jauh lebih hebat daripada sekadar acara megah pada malam yang kudus.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Our Daily Bread Asia Pacific kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://pedomanharian.org/