Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang KrismasSampel

Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang Krismas

HARI 2 DARIPADA 5

Soalan-soalan Krismas

Pada malam ini di kota Daud telah lahir seorang Penyelamat bagimu, iaitu Kristus, Tuhan. Lukas 2:11

Saya dibesarkan di rumah nenek saya yang suka menyanyikan lagu rohani dan saya menghadiri kelas Sekolah Minggu pada setiap minggu. Kami menyanyikan lagu pujian Kupandang Salib-Mu (KPPK 216) dan Ke Sion, Ke Sion (NKI 198) di kelas Sekolah Minggu. Ketika dewasa, saya masih meneroka betapa luas dan dalamnya lagu-lagu pujian Krismas—terutamanya lagu-lagu yang kita nyanyikan semasa Krismas.

Lagu pada abad ke-19, Siapa yang di Palungan? (KPPK 97) mempunyai lirik yang penting. Setiap rangkap mengandungi soalan tentang identiti yang disembah oleh para gembala selepas Yesus datang ke dunia. Suara malaikat jelas menyatakan bahawa anak yang akan dijumpai mereka di dalam palung (Lukas 2:12) ialah pemerintah yang sudah lama ditunggu-tunggu dan ditetapkan oleh Tuhan. “Pada malam ini di kota Daud telah lahir seorang Penyelamat bagimu, iaitu Kristus, Tuhan” (ayat 11).

Walau bagaimanapun, kelahiran-Nya hanyalah sebahagian daripada kisah yang besar. Rangkap-rangkap lagu tersebut menceritakan dengan indah tentang gambaran kehidupan dan pelayanan Yesus: Kematian, kebangkitan dan kedatangan-Nya yang kedua kali yang penuh kemuliaan. Korus lagu tersebut adalah pengakuan tentang kepercayaan dan penyembahan kepada Yesus, seperti yang diceritakan dalam kisah ini: Dialah Allah Sang Raja, Dialah Allah yang mulia, bersujud hadapan-Nya, pada Yesus Tuhanmu! —ARTHUR JACKSON

Apabila anda menyerahkan diri kepada Yesus, Peribadi yang telah diutus oleh Bapa untuk menjamin pengampunan kita melalui kematian-Nya? Jika anda belum percaya dan menerima-Nya, mahukah anda melakukannya pada hari ini?

Bapa yang di syurga, terima kasih kerana Engkau mengasihi dunia ini sehingga mengutus Anak-Mu ke dunia ini. Dia hidup dalam kalangan kami dan mati untuk kami agar kami memiliki hubungan dengan-Mu.

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang Krismas

Adakah anda ingin menyambut Krimas dengan sesuatu yang istimewa? Bacalah renungan istimewa Krismas daripada Our Daily Bread selama 5 hari berturut-turut yang bertajuk Malam Kudus. Semoga renungan ini membantu kita menyediakan hati untuk mengalami makna sebenar Krismas, yang jauh lebih hebat daripada sekadar acara megah pada malam yang kudus.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Our Daily Bread Asia Pacific kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://pedomanharian.org/