Anda Belum Siap LagiSampel

Menumpukan Perhatian Pada Mengapa Anda
Kylie ialah kawan saya yang paling lama dan dikasihi, dan seperti banyak kawan saya, dia kerap melibatkan diri dalam maraton. Saya tidak pasti sama ada saya hidup melalui imaginasi dengan mereka, tetapi saya mempunyai banyak kawan yang suka lari jarak jauh. Satu perkara yang saya suka tentang Kylie ialah dia mengamalkan ritual yang sama dalam setiap maraton. Sebaik sahaja pistol pelepas berdentum, dia berkata dengan kuat, “Kylie, kamu hanya perlu menamatkan perlumbaan ini.”
Sepanjang perlumbaan, dia mengulang ini kepada dirinya untuk sekurang-kurangnya seratus kali. Dia tidak cuba mengalahkan sesiapa pun, dia tidak membandingkan kelajuannya dengan kelajuan orang lain, dia cuma menetapkan kelajuan diri dan berlari. Pertama sekali, dia ingin sampai ke garis penamat.
Ini merupakan pengajaran yang baik bagi kita. Jika matlamat kita ialah mengikut dan diubah menjadi gambar Yesus, maka lebih menyerupai Yesus ialah matlamat kita. Berlari dalam perlumbaan, menurut cara Yesus mahu kita berlari, ialah matlamat kita. Oleh itu, kita tidak mahu mengalahkan sesiapa pun; kita tidak berusaha untuk menjadi lebih baik daripada orang lain; kita melakukan sedaya upaya untuk lebih menyerupai Yesus.
Jika kita dengan tidak sengaja mengalihkan perhatian daripada hadiah itu—Yesus—mata kita akan memandang perkara lain seperti orang, status, dan kepuasan diri, dan kita akan hilang keseimbangan serta melencong. Jika kita mengalihkan perhatian daripada matlamat, kita mungkin membentuk mentaliti bahawa keadaan tidak berjalan dengan cukup pantas. Bahawa kita lambat diberikan ganjaran atau penghargaan. Maka, kita berkemungkinan menarik diri dan meninggalkan tujuan kita secara tidak sengaja.
Secara terus-terang, semasa beberapa cabaran yang paling besar dalam hidup saya dan waktu pelayanan yang paling sukar—waktu saya mendapati diri berfikir, Mengapa saya melakukan ini? dan mempunyai 20 sebab yang munasabah untuk berhenti—saya perlu membuat diri memfokus semula pada matlamat terakhir bila dan mengapa Allah telah memanggil saya. Itulah yang memberikan saya tenaga pada waktu kelam saya. Perihal mengapa inilah yang menolong saya terus berlari apabila perihal bagaimana tidak masuk akal.
Mungkin lingkungan inilah yang menjadi pergelutan anda hari ini. Mungkin sebahagian daripada jawapannya ialah memfokus semula mengapa anda. Sebahagian lagi jawapan itu mungkinlah jangan diganggu oleh perkara yang sementara yang akan memuaskan keinginan segera kita, supaya kita boleh menamatkan perlumbaan kita dan memperoleh hadiah kita. Marilah kita memfokus semula mata, hati, dan minda kita pada Yesus. Marilah kita bertekad untuk menyelesaikan tugas dan pelayanan kita yang diterima daripada Yesus, seperti yang dituliskan oleh Lukas, supaya kita boleh memberikan kesaksian akan Injil tentang kasih kurnia Allah.
Doa
Yesus, tujuan saya ialah menyempurnakan tugas dan pelayanan yang telah saya terima daripada-Mu. Tolonglah saya untuk mencapai matlamat ini. Tolonglah saya untuk menetapkan mata saya pada-Mu, hadiah yang muktamad. Dalam nama-Mu, amin.
Teruskan Perjalanan Anda
Pelan bacaan ini dipetik daripada You're Not Finished Yet oleh Christine Caine. Baca dengan lebih lanjut di ChristineCaine.com/Devo
Perihal Pelan

Adakah anda memiliki apa yang diperlukan untuk meneruskan sehingga tamat? Berjalan menurut tujuan anda untuk perjalanan yang jauh? Semangat dan ketabahan kita sering goyah di tengah-tengah sebarang usaha—kerjaya, hubungan, pelayanan, kesihatan—kerana waktu pertengahan itulah yang kerap kucar-kacir dan susah. Dalam pelan 5 hari ini, Christine Caine mengingatkan kita bahawa kita boleh meneruskan sehingga tamat - bukan kerana kita memiliki kekuatan tetapi kerana Allah memiliki kekuatan.
More
Pelan yang Berkaitan

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Benih: Apa dan Mengapa

Bangkitlah dan Bersinarlah

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain
