Anda Belum Siap LagiSampel

Iman untuk Waktu Pertengahan
Tahukah anda bahawa semasa pelari yang serius berlatih untuk perlumbaan, mereka berlatih untuk waktu pertengahan? Memang difahami, pertengahan mana-mana perlumbaan ialah bahagian yang paling susah. Pada waktu itulah pelari mula kehabisan tenaga, kekuatan, dan tumpuan mental untuk meneruskan perlumbaan itu. Sama ada ia ialah pelari pecut ataupun pelari jarak jauh, jika ia tidak mengatasi waktu pertengahan itu, ia tidak mungkin menamatkan perlumbaan itu. Kedengaran mudah, tetapi ini memerlukan latihan yang strategik untuk berjaya.
Daripada perspektif rohani, bukankah kita berlatih sebahagian besar hidup kita untuk waktu pertengahan? Fikirkan begini: kita dilahirkan pada satu hari, dari segi rohani, kemudian kita memulakan perlumbaan ini, iaitu perjalanan kita dalam Kristus di bumi ini, dengan harapan menamatkan perlumbaan iman kelak dan mendengar bahawa kita mengakhiri perlumbaan dengan baik.1 Ini mungkinlah mempermudah keadaannya, tetapi menyimpulkan hidup kita dengan baik, bukan?
Suatu hari nanti, apabila saya menamatkan perlumbaan saya, saya ingin berkata seperti rasul Paulus, “Aku sudah berusaha dengan sebaik-baiknya dalam perlumbaan dan aku sudah sampai di garis akhir. Aku tetap setia” (2 Timotius 4:7), tetapi untuk berbuat demikian, saya harus mengharungi waktu pertengahan dahulu.
Demi mengharungi waktu pertengahan—segala sesuatu—anda memerlukan daya ketahanan. Penulis kitab Ibrani menulis, “Kamu perlu tabah menderita. Dengan demikian, setelah kamu melakukan kehendak Allah, kamu dapat menerima janji itu” (Ibrani 10:36, AVB).
Daya ketahanan ditakrifkan secara rasmi sebagai "keupayaan atau kekuatan untuk meneruskan meskipun keletihan, tertekan atau keadaan yang menyukarkan."2 Ia merupakan keupayaan untuk menghadapi keadaan yang sukar dengan tabah. Kuasa untuk mengatasi penderitaan atau kesusahan. Ia ialah kecekalan hati penuh harapan yang tabah sehingga akhirnya. Dalam bahasa Yunani asli Perjanjian Baru, ia ialah hupomone, satu kata majmuk yang diterjemahkan sebagai "kekal di bawah."3 Ia merupakan sifat yang terhasil daripada bertahan di bawah tekanan—sesuatu yang ingin dielakkan oleh rasa hati semula jadi kita—dan kelihatannya ia menimpa kita dengan teruk sekali pada waktu pertengahan.
Di tengah-tengah persahabatan kita.
Di tengah-tengah waktu berpacaran kita.
Di tengah-tengah perkahwinan kita.
Di tengah-tengah pengasuhan kita.
Di tengah-tengah pendidikan kita.
Di tengah-tengah pembinaan kerjaya kita.
Di tengah-tengah penyakit kita.
Di tengah-tengah kes mahkamah.
Di tengah-tengah pandemik.
Di tengah-tengah peralihan.
Di tengah-tengah sesuatu yang didoakan akan berlaku.
Di tengah-tengah penantian jawapan.
Di tengah-tengah apa-apa yang paling menjemukan, paling susah, dan betul-betul membimbangkan. Waktu yang paling mencabar, bukan? Waktu kita ingin berputus asa.
Walau bagaimanapun, jika kita membina daya ketahanan, kekuatan yang penulis kitab Ibrani kata kita akan perlukan, jika kita melatih diri berdasarkan Firman Allah, dan melalui kuasa Roh Kudus, akan dimiliki untuk mengharungi waktu pertengahan itu. Bukan satu waktu pertengahan sahaja, malah setiap waktu pertengahan yang akan melanda kita.
Doa
Bapa di syurga, tolonglah kami untuk bertahan dengan baik semasa kami mengharungi waktu pertengahan segala sesuatu yang akan menimpa kami. Tolonglah kami untuk berlari dengan baik supaya sesudah kami melaksanakan kehendak Allah, kami akan menerima hal yang dijanjikan. Dalam nama Yesus, amin.
Rujukan:
1. Ibrani 10:36, BM
2. Merriam-Webster, s.v. “endurance,” https://www.merriam-webster.com/dictionary/endurance.
3. J. Strong, A Concise Dictionary of the Words in the Greek Testament and the Hebrew Bible (Bellingham, WA: Logos Bible Software, 2009), 1:74.
Perihal Pelan

Adakah anda memiliki apa yang diperlukan untuk meneruskan sehingga tamat? Berjalan menurut tujuan anda untuk perjalanan yang jauh? Semangat dan ketabahan kita sering goyah di tengah-tengah sebarang usaha—kerjaya, hubungan, pelayanan, kesihatan—kerana waktu pertengahan itulah yang kerap kucar-kacir dan susah. Dalam pelan 5 hari ini, Christine Caine mengingatkan kita bahawa kita boleh meneruskan sehingga tamat - bukan kerana kita memiliki kekuatan tetapi kerana Allah memiliki kekuatan.
More
Pelan yang Berkaitan

Sukacita untuk Perjalanan: Menemui Harapan di Tengah-tengah Dugaan

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain

Bangkitlah dan Bersinarlah

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Benih: Apa dan Mengapa

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya
