Tidak OkeySampel

Not Okay

HARI 6 DARIPADA 28

Semasa bersiap sedia untuk perjalanan jarak jauh, anda harus merancang lebih awal. Anda perlu memastikan bahawa anda menyediakan banyak makanan ringan untuk perjalanan itu. Anda harus menetapkan haluan anda di Waze. Anda harus mengetahui tempoh perjalanan untuk sampai ke destinasi anda. Pertama sekali, tangki minyak anda harus ada petrol. Anda tidak dapat berjalan lama tanpa petrol semasa perjalanan yang jauh.

Mengetahui itu ialah satu hal, mengetahui itu dalam kehidupan ini ialah satu perkara yang lain. Mungkin anda berpengalaman tentang keadaan yang membuat anda rasa seolah-olah tangki minyak anda sudah kosong. Anda berjalan kekosongan. Anda amat risau, tertekan, dan penat melayani drama harian sehinggakan anda tidak tahu cara mengambil langkah seterusnya.

Alkitab bercakap tentang perasaan seperti ini. Berita baiknya ialah penulis Mazmur mendapat tahu apa yang harus dilakukan apabila itu berlaku: berharaplah kepada Allah.

Apabila harapan anda terletak pada diri sendiri, anda akan kehabisan minyak. Walau bagaimanapun, apabila anda berharap kepada Allah, anda berhubung dengan sumber harapan yang tidak terbatas. Alkitab menggambarkannya sebagai berlari dan tidak lelah. Jika anda merancang perjalanan jarak jauh, pastikan anda tahu berapa banyak minyak yang diperlukan untuk sampai ke destinasi anda. Namun, jika anda cuba merancang lebih awal dalam hidup anda, anda memiliki semua tenaga yang diperlukan . . . anda cuma perlu berhubung dengan sumber yang betul.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Not Okay

Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang diberikan oleh Yesus semasa anda berasa tidak okey, apa yang Allah mahu anda ketahui apabila orang lain menolak anda, apa yang harus dilakukan ketika susah untuk melakukan hal yang betul, dan semasa risau, kita akan melihat apa yang dikatakan oleh Allah.

More

Kami bersyukur kepada Stuff You Can Use kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://growcurriculum.org