Tidak OkeySampel

Not Okay

HARI 5 DARIPADA 28

Menguruskan tekanan dan kerisauan mungkin rasa seperti menjugel pin boling. Asalkan anda menjugel dua atau tiga pin, anda adalah okey. Anda dapat usahakan! Namun, ada empat atau lima pin yang perlu terus diputar, dan keadaan menjadi lebih mencabar. Apabila enam atau tujuh pin digunakan, amboi . . . lupakan saja.

Setiap orang mempunyai hadnya. Jumlah tekanan yang dapat ditanggung oleh setiap orang pada suatu masa ada hadnya! Apabila anda mencapai hak maksimum tekanan anda, anda bagaikan kadbod yang mengandungi terlalu banyak benda. Anda rasa seolah-olah tidak berdaya.

Apabila ini berlaku, perkara pertama yang harus diingati ialah jangan bersikap keras terhadap diri sendiri. Hidup ini tidak seharusnya sentiasa tertekan, dan anda tidaklah teruk atau lemah kerana terlalu tertekan. Kadang kala kita semua memerlukan rehat. Kita memerlukan pertolongan.

Perkara yang lebih penting ialah mengingati bahawa Allah memberikan kita tempat yang selamat apabila kita rasa tertekan atau risau. Kita mungkin rasa kehilangan harapan kerana apa jua cabaran yang sedang dihadapi, tetapi Allah tidak ada had harapan. Apabila kita rasa kehabisan tenaga, Allah memelihara kita.

Penulis Mazmur banyak bercakap tentang "mencari wajah TUHAN". Pada asasnya, ini bermakna mereka membuat keputusan untuk berhenti memandang diri sendiri untuk menyelesaikan masalah mereka dan mula memandang Dia yang dapat memimpin mereka ke arah yang betul.

Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Not Okay

Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang diberikan oleh Yesus semasa anda berasa tidak okey, apa yang Allah mahu anda ketahui apabila orang lain menolak anda, apa yang harus dilakukan ketika susah untuk melakukan hal yang betul, dan semasa risau, kita akan melihat apa yang dikatakan oleh Allah.

More

Kami bersyukur kepada Stuff You Can Use kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://growcurriculum.org