Tidak OkeySampel
Penolakan boleh berlaku dalam pelbagai cara . . .
Anda boleh ditolak oleh kawan yang memutuskan bahawa mereka tidak mahu lepak dengan anda lagi.
Anda boleh ditolak oleh pasangan anda yang rasa sudah tiba masanya untuk memutuskan hubungan dengan anda.
Anda boleh ditolak oleh pasukan sukan yang ingin dicuba, pekerjaan atau kolej yang ingin dimohon, atau biasiswa yang anda fikir akan diterima. Begini . . . walau dari mana pun penolakan itu, penolakan sentiasa menyakitkan. Penolakan tidak pernah kurang menyakitkan. Penolakan sentiasa bersifat peribadi. Penolakan sentiasa susah diatasi dan dilupakan.
Walau apa pun punca penolakan anda, anda boleh sentiasa membawanya ke tempat yang sama. Petrus menulis dalam bacaan Alkitab hari ini bahawa kita boleh menyerahkan semua tekanan dan kebimbangan kita kepada Allah. Kita mungkin tersinggung untuk sementara waktu, tetapi Allah berjanji untuk menanggung kebimbangan, tekanan, dan ya, penolakan kita. Itu tidak bermaksud kesakitan itu akan lenyap dalam waktu yang singkat. Itu bukanlah cara penolakan berfungsi. Itu bermaksud kita tidak perlu menghadapinya bersendirian.
Petrus mempunyai satu lagi peringatan yang baik dalam bacaan hari ini . . . kita bukanlah satu-satunya yang mengalami ini! Apabila kita rasa ditolak, memanglah mudah untuk rasa bersendirian. Namun, kebenarannya ialah, banyak orang pernah mengalami keadaan yang sama dan akhirnya dapat mengatasinya. Sekarang ini anda mungkin tidak rasa mungkin, tetapi satu hari nanti anda akan mengatasinya juga.
Kitab
Perihal Pelan
Kita akan meneliti empat penegas utama yang kita hadapi dan melihat bagaimana firman Allah boleh memberikan kita penghiburan, pimpinan, dan menolong kita menghadapi setiap satunya. Kita akan berbincang tentang apa yang diberikan oleh Yesus semasa anda berasa tidak okey, apa yang Allah mahu anda ketahui apabila orang lain menolak anda, apa yang harus dilakukan ketika susah untuk melakukan hal yang betul, dan semasa risau, kita akan melihat apa yang dikatakan oleh Allah.
More